sejak akhir-akhir ini, hatiku selalu tersentuh.
lebih-lebih lagi bila aku mula dengar balik lagu-lagu nasyid, tengok video-video ceramah dan baca blog rakan-rakan yang banyak memberi info yang bermanfaat tentang islam.
tiga atau empat hari lepas, aku ada terbaca satu blog nie...tentang gadis yang terdetik untuk berubah tapi tiada kekuatan...dia ingin mula menutup auratnya dengan sempurna...mungkin sebelum nie dia pakai tudung, baju lengan panjang...hampir sempurna cara dia menutup aurat..tapi bahagian kaki selalu dipandang remeh...aku terbaca juga dia re-post entri kak Irine Marcello yang sangat menyetuh hati aku...
"pelan-pelan panjangkan tudung, pelan-pelan longgarkan baju dan pelan-pelan pakai stocking..."
lebih kurang macam tulah jugak bunyinya...aku pun terasa ingin sangat berubah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik..tapi yang aku risaukan..aku tak dapat istiqomah...siapalah yang tak nak jadi soleha, kan? hidup kita nie...milik Allah...mana kita punya? tiada, semuanya milik Allah...
"kita datang dari Allah, akan pulang kepada Allah...hidup kita di atas dunia nie sebab kita nak laksanakan agenda Allah..."
aku tengok video tajuk 'Cinta Alat Atau Matlamat' semalam...
Ya Allah...serius..aku nangis bila fikir balik apa yang pernah terjadi dalam hidup aku sebelum nie...yang aku sengajakan mahupun tidak. aku ingin berubah ! semoga ALLAH berikan aku kekuatan...
walaupun bukan secara drastik, InsyaAllah, aku akan terus berusaha untuk berubah mencari redha dan cinta ALLAH... kerana apabila aku fikirkan...bagaimanakah nasibku apabila ALLAH telah memanggilku menghadap-Nya, disaat aku tidak mempunyai apa-apa bekalan dan persediaan...Ya ALLAH, pimpinlah hatiku...
Amin Ya Rabbal Alamin...
.jpg)


aku pun nak berubah :)
ReplyDeletejom jadi lebih baik..
ReplyDeleteSemoga hari ini lebih baik daripada semalam..
Insya Allah :-)
same goes to me. in the process of hijrah tu. em. inshaAllah. if Allah willing. amin.
ReplyDeleteAminn... semoge dipermudahkan... :)
ReplyDeleteterima kasih semua atas sokongan kalian.. :)
ReplyDelete