Hari nie aku rasa hari yang malang dan menyedihkan di sekolah mahupun di rumah.
Sedih dan malang.
Aku tahu salah aku sebab agak keterlaluan dan gagal mengawal emosi.
Aku rasa bersalah atas apa yang terjadi di rumah sebentar tadi.
Tapi kau sepatutnya tahu, yang kau boleh salahkan aku
bila aku memang buat salah,
sebab aku sangat benci disalahkan untuk perkara yang diluar kawalan aku.
Aku benci disalahkan atas kesalahan orang lain.
Satu yang kau patut tahu,
aku juga manusia yang punya perasaan.
Hati aku bukan hati batu.
Katakan apa yang kau mahu sekiranya itu bisa membuatmu bahagia.
Tapi jangan katakan apa yang kau mahu sekiranya itu bisa membuat orang lain berduka cita.
Tuesday, May 5, 2015
Saturday, May 2, 2015
STPM akan tiba
Aku belum buat persediaan yang mencukupi untuk STPM yang akan datang.
Banyak sangat perkara yang perlu difikirkan sehingga aku lupa akan kewajipan sebagai seorang pelajar.
Few more days and I'm still like this.
Masih boleh dikatakan kosong tanpa ulangkaji.
Tomorrow I really should've start.
Sepatutnya lama dah start study tapi banyak betul alasanku.
Study pun punyalah sikit.
Janji apa tahun lepas?
Nak study awal-awal, kan?
Haih... Aku nie. Buat-buat lupa pulak.
Banyak sangat perkara yang perlu difikirkan sehingga aku lupa akan kewajipan sebagai seorang pelajar.
Few more days and I'm still like this.
Masih boleh dikatakan kosong tanpa ulangkaji.
Tomorrow I really should've start.
Sepatutnya lama dah start study tapi banyak betul alasanku.
Study pun punyalah sikit.
Janji apa tahun lepas?
Nak study awal-awal, kan?
Haih... Aku nie. Buat-buat lupa pulak.
Bagaimana aku tidak jatuh cinta?
Dia bukanlah seorang lelaki yang petah dalam berkata-kata manis, tetapi bagiku setiap baris kata-katanya merupakan bait terindah yang menjadi ilham dalam hidupku.
Kematangannya, membuatkan aku berasa kecil saat berada disampingnya.
Aku berasa diri ini tidak cukup baik untuk dia, kerana dia terlalu sempurna untuk gadis seperti aku.
Dia seorang lelaki yang sangat ringkas dan tidak pernah menyusahkan. Dia sentiasa sudi mendengar. Tiap kata-kata dan cerita yang aku sampaikan. Sedia memberi nasihat dan selalu ada bila aku perlukan. Dia sanggup membantu dikala aku dan keluargaku berada dalam kesusahan.
Bagaimana aku tidak jatuh cinta?
Pada seorang lelaki yang sebaik dia.
Dia yang sangat menjaga lima waktunya.
Dia yang tidak pernah kasar dalam berbahasa.
Bagaimana aku tidak jatuh cinta?
Bila aku sedari bahawa dia telah nama menjadi penantiku dalam diam.
Bila dia telah lama menyebut namaku dihadapan sahabat-sahabatnya.
Aku yang dulu selalu menyakiti dan mencari alasan untuk pergi dari hidupnya.
Aku yang tidak pernah sedar akan keikhlasan dirinya terhadapku.
Namun dia masih setia, tanpa sedikit pun dendam.
Bagaimana aku tidak jatuh cinta?
Saat hanya dia satu-satunya lelaki yang berani datang menemui keluargaku.
Saat hanya dia yang terus bersabar dengan kerenahku tanpa membentakku.
Bagaimana aku tidak jatuh cinta?
Saat aku tahu, akulah gadis pertama yang dia cintai.
Subscribe to:
Posts (Atom)