Wednesday, July 29, 2015

Menangis bukan tanda kelemahan

Sebelum tidur sempat lagi menangis.

Betulkah menangis bukan tanda seseorang itu lemah?

Kalau bukan jadi menangis itu tandanya apa?

Aku sendiri tak tahu kenapa aku kuat menangis.

Sedih, gembira, sebak, terkilan, tersinggung and even terharu sekalipun...

Semuanya boleh buat aku menangis. Sensitif.

Air mata...
Kenapa anda sangat murah?

Kerja Kursus 2015

Alhamdulillah. Siap jugak akhirnya kerja kursus Bahasa Melayu aku setelah 4 jam lebih menghadap laptop petang tadi.

Tinggal hantar dan tunggu comment cikgu esok. Kalau salah sikit, paling-paling pun kena print balik selepas diperbaiki.

Kerja kursus ekonomi pun dah selamat dihantar semalam dan aku rasa tiada masalah, InsyaAllah. Semoga kerja kursus kali nie baik-baik saja dan dapat membantu keputusan kita semua. Amin.

Selamat malam bloggers. Malam nie tidur awal supaya tak sakit lagi macam semalam dan pagi tadi. I really need to go to school tomorrow.

Monday, July 27, 2015

Perjalanan sunyi

Penggal 1 STPM keputusan Sejarah dapat B+, mungkin sebab terlalu gembira aku tak perasan aku tertulis Sejarah sebagai subjek untuk diulang, sedangkan aku sepatutnya tulis BM sebab penggal tu cuma dapat C+. Hari ni baru aku tahu yang aku salah tulis lepas cikgu BM tanya kenapa tak ulang kertas BM? Sedih yang amat sangat bila dapat tahu perkara ini. Air mata tak henti mengalir.

Kecuaian diri ini di masa lalu telah menyusahkan diri aku di masa yang akan datang. Berkemungkinan besar, keputusan keseluruhan mata pelajaran bahasa melayu aku hanya akan memperolehi C+ sahaja.

Baru aku faham kenapa kita tak boleh terlalu gembira bila mendapatkan sesuatu, supaya kita juga belajar untuk tidak terlalu kecewa saat kehilangan sesuatu.

Hari ini terlalu banyak perkara yang menyakitkan. Namun, aku buat-buat tabah. Hujan, panas terpaksa aku lalui sendirian kerana kesihatan rakan seperjuangan yang selalu menemaniku sebelum ini tidak mengizinkannya untuk berjuang saat ini.

Terasa panjang perjalanan ketika kita terpaksa bersendirian mengharunginya.

Draft of 27/07/2015

Sunday, July 26, 2015

Luahan hati pelajar STPM

Assalamualaikum blog yang dirindui.

Sekali lagi, kecelaruan melanda diri. Perkara yang melibatkan masa depan sukar sekali untuk aku abaikan. Baru-baru ini keputusan STPM penggal 2 telah keluar, dan aku memperolehi 1C+, 1C, 1C-, dan 1D. Pointer keseluruhan aku pulak 1.75.

Sangat teruk. Niat memang nak repeat untuk subjek yang tak kredit tu tapi disebabkan masalah kewangan. Aku cuma repeat 1 kertas saja.

Ya salah aku. Memang salah aku. Semuanya salah aku.

Semakin tipis peluang untuk ke sana. Semuanya sebab aku, tapi penyesalan sudah tiada berguna lagi.

Penggal 1 pointer aku 2.33
Penggal 2 pointer aku 1.75
dan penggal terakhir ini?

Ya Allah, moga diri ini masih ada peluang untuk masuk ke universiti awam.

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak masalah yang membingitkan fikiranku. Aku tak dapat fokus belajar. I've tried to calm myself but it's not easy. I'm just so tired. And I'm just a coward girl.

Aku risau dan takut sangat kalau aku tak dapat masuk universiti sebab perangai kebudak-budakan aku yang sukar ditinggalkan nie.

Ya Allah, moga ada jalan untuk diriku.

Monday, July 6, 2015

Kenangan Perkhemahan

Entah kenapa malam nie aku terkenang-kenang zaman persekolahan dahulu.

Sewaktu aku masih berumur 17 tahun.

Salah satu kenangan terindah sewaktu aku berada di tingkatan 5 adalah saat aku berpeluang mengikuti perkhemahan sekolah.

Seronok sangat-sangat.
Seakan dapat aku rasai suasana ketika itu.
Angin yang bertiup...
Malam yang dingin. Tengahari yang terik. Perasaan letih dan kelaparan. Namun gelak tawa dan kegembiraan melupus segala kepedihan.

Pengakap.

Pada mulanya aku bukan tergolong dalam ahli itu, aku ialah seorang ahli Puteri Islam.

Ketika aku ingin mendaftarkan diri untuk mengikuti perkhemahan sekolah sebagai ahli Puteri Islam, seorang kenalan menahan aku
"Kau tak perlu beratur untuk tulis nama, aku ada kakak sepupu di sini. Dia boleh tolong uruskan. Okay? Jangan risau. Nanti aku suruh dia tulis nama kau."
Aku rasa berat hati untuk dengar cakap dia.. tapi, ah biarlah. Sudah dia berkata begitu.

Keesokan harinya, aku bertanya pada rakan Puteri Islam aku tadi...lalu dia menjawap soalanku dengan
"Maaf Puteri... Maaf sangat-sangat, kakak sepupu aku cakap dah penuh. Dia sempat daftarkan nama aku saja. Nama kau tak sempat."

Sedihnya aku waktu itu. Haih rasa mau jak aku marah dia tapi aku diamkan saja. Aku pun pergi dengan hampa meninggalkan Puteri Islam. Aku ke sana ke mari mencari kalau-kalau masih ada kekosongan yang memerlukan diriku ini sebagai ganti mereka yang tidak dapat hadir pada hari perkhemahan. Tapi semua orang sibuk dengan ahli masing-masing, urus itu dan ini. Tiada yang mau layan aku. Kesian betul.

Tapi lepas tu... Aku dengar pengakap ada kekosongan dan cikgu yang mengurus tu panggil untuk datang meeting. Sekali lagi aku dikecewakan bila dia cakap dia mencari orang yang pandai kawad. Aku? Kawad? Mana pernah. Semua tak mau terima aku sebab aku tak pandai kawad. Pernah pun kawad Puteri Islam, kawad tak jadi.

Cikgu tu letak aku kat tepi dulu, dia cakap kalau ada orang yang tak nak masuk baru panggil aku. Sedih tau?

Keesokan harinya, kawan aku cari aku. Dia cakap cikgu suruh aku masuk perkhemahan pengakap tu. Ya Allah! Betulkah nie? Gembiranya aku masa tu. Excited sangat sebab aku tak pernah berpeluang ikut perkhemahan. Ada peluang sikit, itu pun orang lain nak cantas.

Rezeki aku. Dipanggil last minute untuk ikut perkhemahan ahli Pengakap walaupun aku sebenarnya Puteri Islam.

Pada malam pertama perkhemahan, kami ahli pengakap bertugas untuk berjaga di depan perkhemahan perempuan. Waktu tu, khemah perempuan sebenarnya dibuat dalam bilik darjah supaya lebih selamat daripada pandangan lelaki kerana cikgu yang bertugas tu sangat mementingkan penjagaan aurat muslimah.

Malam tu terasa sangat panjang walaupun kami cuma berjaga selama beberapa jam saja. Mungkin sebab banyak nyamuk, letih daripada petang tadi diberi arahan itu dan ini serupa orang dalam latihan polis. Sudahlah aku gendut-gendut lagi sikit time tu.

Pada pukul 3 pagi lebih, aku mau mandi sebab tau nanti mesti akan ramai orang yang mau mandi macam maghrib tadi. Sesak sangat. Tapi, kami mendapat arahan tidak ada sesiapa yang dibenarkan bergerak secara individu, dan tiada orang yang mau temankan aku waktu tu. Tandas perempuan pula lampu tiada, rosak agaknya. Jadi aku pun balik ke khemah setelah habis waktu bertugas sebagai jaga.

Entah berapa minit aku lelap selepas berborak dengan rakan sebelah lantai tempat aku baring. Ada orang kejutkan. Bila aku tengok jam. Dalam pukul 4 pagi. Aku dan geng pergi ke tandas dan tengok sudah ramai orang yang beratur.... padahal baru lelap berapa minit. Nasib2.

BERSAMBUNG....