Entah kenapa malam nie aku terkenang-kenang zaman persekolahan dahulu.
Sewaktu aku masih berumur 17 tahun.
Salah satu kenangan terindah sewaktu aku berada di tingkatan 5 adalah saat aku berpeluang mengikuti perkhemahan sekolah.
Seronok sangat-sangat.
Seakan dapat aku rasai suasana ketika itu.
Angin yang bertiup...
Malam yang dingin. Tengahari yang terik. Perasaan letih dan kelaparan. Namun gelak tawa dan kegembiraan melupus segala kepedihan.
Pengakap.
Pada mulanya aku bukan tergolong dalam ahli itu, aku ialah seorang ahli Puteri Islam.
Ketika aku ingin mendaftarkan diri untuk mengikuti perkhemahan sekolah sebagai ahli Puteri Islam, seorang kenalan menahan aku
"Kau tak perlu beratur untuk tulis nama, aku ada kakak sepupu di sini. Dia boleh tolong uruskan. Okay? Jangan risau. Nanti aku suruh dia tulis nama kau."
Aku rasa berat hati untuk dengar cakap dia.. tapi, ah biarlah. Sudah dia berkata begitu.
Keesokan harinya, aku bertanya pada rakan Puteri Islam aku tadi...lalu dia menjawap soalanku dengan
"Maaf Puteri... Maaf sangat-sangat, kakak sepupu aku cakap dah penuh. Dia sempat daftarkan nama aku saja. Nama kau tak sempat."
Sedihnya aku waktu itu. Haih rasa mau jak aku marah dia tapi aku diamkan saja. Aku pun pergi dengan hampa meninggalkan Puteri Islam. Aku ke sana ke mari mencari kalau-kalau masih ada kekosongan yang memerlukan diriku ini sebagai ganti mereka yang tidak dapat hadir pada hari perkhemahan. Tapi semua orang sibuk dengan ahli masing-masing, urus itu dan ini. Tiada yang mau layan aku. Kesian betul.
Tapi lepas tu... Aku dengar pengakap ada kekosongan dan cikgu yang mengurus tu panggil untuk datang meeting. Sekali lagi aku dikecewakan bila dia cakap dia mencari orang yang pandai kawad. Aku? Kawad? Mana pernah. Semua tak mau terima aku sebab aku tak pandai kawad. Pernah pun kawad Puteri Islam, kawad tak jadi.
Cikgu tu letak aku kat tepi dulu, dia cakap kalau ada orang yang tak nak masuk baru panggil aku. Sedih tau?
Keesokan harinya, kawan aku cari aku. Dia cakap cikgu suruh aku masuk perkhemahan pengakap tu. Ya Allah! Betulkah nie? Gembiranya aku masa tu. Excited sangat sebab aku tak pernah berpeluang ikut perkhemahan. Ada peluang sikit, itu pun orang lain nak cantas.
Rezeki aku. Dipanggil last minute untuk ikut perkhemahan ahli Pengakap walaupun aku sebenarnya Puteri Islam.
Pada malam pertama perkhemahan, kami ahli pengakap bertugas untuk berjaga di depan perkhemahan perempuan. Waktu tu, khemah perempuan sebenarnya dibuat dalam bilik darjah supaya lebih selamat daripada pandangan lelaki kerana cikgu yang bertugas tu sangat mementingkan penjagaan aurat muslimah.
Malam tu terasa sangat panjang walaupun kami cuma berjaga selama beberapa jam saja. Mungkin sebab banyak nyamuk, letih daripada petang tadi diberi arahan itu dan ini serupa orang dalam latihan polis. Sudahlah aku gendut-gendut lagi sikit time tu.
Pada pukul 3 pagi lebih, aku mau mandi sebab tau nanti mesti akan ramai orang yang mau mandi macam maghrib tadi. Sesak sangat. Tapi, kami mendapat arahan tidak ada sesiapa yang dibenarkan bergerak secara individu, dan tiada orang yang mau temankan aku waktu tu. Tandas perempuan pula lampu tiada, rosak agaknya. Jadi aku pun balik ke khemah setelah habis waktu bertugas sebagai jaga.
Entah berapa minit aku lelap selepas berborak dengan rakan sebelah lantai tempat aku baring. Ada orang kejutkan. Bila aku tengok jam. Dalam pukul 4 pagi. Aku dan geng pergi ke tandas dan tengok sudah ramai orang yang beratur.... padahal baru lelap berapa minit. Nasib2.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment