Penggal 1 STPM keputusan Sejarah dapat B+, mungkin sebab terlalu gembira aku tak perasan aku tertulis Sejarah sebagai subjek untuk diulang, sedangkan aku sepatutnya tulis BM sebab penggal tu cuma dapat C+. Hari ni baru aku tahu yang aku salah tulis lepas cikgu BM tanya kenapa tak ulang kertas BM? Sedih yang amat sangat bila dapat tahu perkara ini. Air mata tak henti mengalir.
Kecuaian diri ini di masa lalu telah menyusahkan diri aku di masa yang akan datang. Berkemungkinan besar, keputusan keseluruhan mata pelajaran bahasa melayu aku hanya akan memperolehi C+ sahaja.
Baru aku faham kenapa kita tak boleh terlalu gembira bila mendapatkan sesuatu, supaya kita juga belajar untuk tidak terlalu kecewa saat kehilangan sesuatu.
Hari ini terlalu banyak perkara yang menyakitkan. Namun, aku buat-buat tabah. Hujan, panas terpaksa aku lalui sendirian kerana kesihatan rakan seperjuangan yang selalu menemaniku sebelum ini tidak mengizinkannya untuk berjuang saat ini.
Terasa panjang perjalanan ketika kita terpaksa bersendirian mengharunginya.
Draft of 27/07/2015
No comments:
Post a Comment