Saturday, May 2, 2015

Bagaimana aku tidak jatuh cinta?

Dia bukanlah seorang lelaki yang petah dalam berkata-kata manis, tetapi bagiku setiap baris kata-katanya merupakan bait terindah yang menjadi ilham dalam hidupku.

Kematangannya, membuatkan aku berasa kecil saat berada disampingnya. 
Aku berasa diri ini tidak cukup baik untuk dia, kerana dia terlalu sempurna untuk gadis seperti aku.

Dia seorang lelaki yang sangat ringkas dan tidak pernah menyusahkan. Dia sentiasa sudi mendengar. Tiap kata-kata dan cerita yang aku sampaikan. Sedia memberi nasihat dan selalu ada bila aku perlukan. Dia sanggup membantu dikala aku dan keluargaku berada dalam kesusahan. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 

Pada seorang lelaki yang sebaik dia. 
Dia yang sangat menjaga lima waktunya.
Dia yang tidak pernah kasar dalam berbahasa. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Bila aku sedari bahawa dia telah nama menjadi penantiku dalam diam. 
Bila dia telah lama menyebut namaku dihadapan sahabat-sahabatnya. 

Aku yang dulu selalu menyakiti dan mencari alasan untuk pergi dari hidupnya. 
Aku yang tidak pernah sedar akan keikhlasan dirinya terhadapku. 
Namun dia masih setia, tanpa sedikit pun dendam. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Saat hanya dia satu-satunya lelaki yang berani datang menemui keluargaku.
Saat hanya dia yang terus bersabar dengan kerenahku tanpa membentakku. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Saat aku tahu, akulah gadis pertama yang dia cintai.  

No comments:

Post a Comment