Malam nie mood emo sikit. Sedih. Letih.
Aku masih cuba untuk tersenyum.
Aku cuba untuk berlapang dada.
Walau hakikatnya, tiap malamku kini kembali ditemani air mata.
Aku risau.
Aku penat...
Tapi aku tahu dan sedar. Kepenatan itu perkara biasa. Selagi kita hidup, tak kira kaya atau senang macam mana pun kita, pasti akan ada sesuatu perkara yang membuatkan kita rasa penat dalam hidup nie. Ada masa kita rasa penat untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang sering membuat kita berasa sedih dan terguris hati.
Jangan mudah terguris!
Tabahkan hati!
That's what I'm doing now. Cuba untuk kebalkan hati agar tidak mudah terguris. Cuba untuk tabahkan hati dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang masih panjang, jika Allah izinkan. Namun, jika Dia inginkan aku kembali pada-Nya, aku berharap agar aku dapat pergi dalam keadaan aku sudah bersedia.
Ya, memang semua orang ingin begitu, tapi kita tidak tahu bila Allah mahu panggil kita untuk kembali kepada-Nya. Sebab itu kita perlu sentiasa mempersiapkan diri. Aku tahu, masih banyak yang perlu diselesaikan dalam hidup nie dan aku bersyukur Allah masih beri peluang untuk aku menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah.
sabar itu ada manisnya nanti di kemudian hari :)
ReplyDeletestay strong.. :D
ReplyDelete