Lama sangat rasanya aku tak update blog. Tahun lepas jarang tulis blog sebab SPM, tahun nie sebab STPM penggal 1. Mungkin tahun depan aku akan lebih sibuk sebab perlu berhadapan dengan peperiksaan STPM penggal 2 dan 3 serta kerja kursus. Baru aku tau, STPM memang bukan senang. Seriously. Stress aku waktu exam bulan nie memang sangat-sangat teruk. Sebulan lebih sebelum STPM, aku stress sampai maigrin hari-hari. Tapi lepas mendapatkan nasihat guru-guru, kawan-kawan, keluarga dan orang yang tersayang (hihihi). Stress aku pun kurang sedikit. Tapi 2 minggu sebelum exam, aku start stress balik.
Kerisauan yang melampau menyebabkan aku terpaksa berhadapan dengan Stress Tahap Paling Maksimum (STPM) sebelum peperiksaan STPM. Sampaikan ada masanya 3 hari aku tak makan apa-apa, cuma minum jak. Duduk berkurung dalam bilik sorang2. Bayangkan, setengah bulan tak tengok tv langsung! Even tahun lepas aku stress sampai pitam dan dibawa ke hospital, aku rasa tahun nie aku lagi stress berbanding tahun lepas. TAPI Alhamdulillah, aku tak sakit sampai hari peperiksaan sebenar 17-19 November.
Bulan nie aku plan untuk study pelajaran semester 2, nak study awal-awal sebab aku sedar yang aku nie tidak serajin dan sepandai kawan-kawan yang lain...hehehe...kalau Encik Fairus dengar aku cakap macam nie, mesti dia akan cakap "mana ada pandai atau tak pandai, cuma rajin atau tak je." :)
Selain keluarga dan kawan-kawan, dialah yang paling banyak memotivasikan diri aku untuk kekal positif, tidak berputus asa dan terus berusaha. Aku belum perkenalkan dia pada rakan-rakan blogger aku lagi, tengoklah tahun nie berapa kali jak yang aku sempat update blog.
Diary pun jarang-jarang tulis, facebook lagilah. Facebook aku tahun nie sangat-sangat sunyi. Haha. Tapi ada jugaklah aku update status or upload gambar kadang-kadang. Cuma aku semakin sedar, yang aku tak sepatutnya online atau update status waktu marah atau sedih because I tend to be so emotional.
Baru-baru nie pun, ntah apa-apa yang aku tulis sebelum exam, baru tadi aku delete status tu sebab ia menggambarkan kesedihan aku dan aku tak suka. Haha, bummer. Peliklah orang tengok, lepas update delete, update delete. hey what's wrong with me? :P
Okaylah, sampai disini dulu coretan aku. Lain kali aku cerita pasal Encik Fairus pulak.. Hehe... tataa~
No comments:
Post a Comment