Thursday, March 19, 2015

Isyarat Cinta

Bulan nie antara bulan yang paling banyak sangat movie best-best.

Pagi tadi, lepas habis kelas tambahan... Aku pegi IOI MALL sebab nak beli kertas kajang.. Nak buat latihan banyak-banyak, minggu depan ada ujian. Aku pun sengaja singgah kat pawagam sebelah kedai buku popular tu.. Lama jugaklah tak tengok wayang bagi yang kaki movie macam aku nie. Hehe. Semalam aku ada tertengok trailer  Isyarat Cinta. Memang dari semalam lagi lepas tengok trailer tu aku rasa teringin nak tengok filem nie, tapi kadang-kadang kat IOI MALL nie movie tak banyak.. Yeke? Hehehe. Mungkinlah. 

Nak dijadikan cerita, aku pun tengok jam dan kata ehh macam sempat jak kalau mau tengok kejap. Hahaha. Sepatutnya aku kena pergi carik responden untuk ditemubual. Tapi aku tetap mengambil kesempatan untuk menonton wayang sendiri (sejam lebih) tiket RM9. Aku tak beli makanan dan minuman pun sebab baru habis lunch dengan kawan.. Milo bungkus aku dilarang bawa masuk dan aku pun tinggalkan di locker. Dengan tangan yang penuh buku dan fail borang kaji selidik, aku pun melangkah masuk ke pawagam. 

Excited pulak nak tengok cerita Isyarat Cinta nie sebab ramai orang comment kata best. Yeke? Mula-mula aku tak letak high expectation pun yang cerita nie boleh buat aku kata WOW. 

BUT!!!! 
You know what!
Filem Isyarat Cinta nie memang best sangat-sangat. Aku terharu. Sedih. Sebak. Menangis. Gembira sikit. Tersenyum. Lepas tu menangis balik. 

Memang salutelah kat Rosyam Nor. Filem nie pun tiada unsur-unsur tidak bermoral macam sesetengah movie lain. Sorry to say, macam filem Suamiku Encik Perfect 10, seolah-olah menunjukkan kehidupan sosial tanpa batas. Kurang sesuai untuk remaja dan juga masyarakat. Opss. Tapi lain orang lain pendapat, kan? Mana tahu bagi korang filem tu best dan filem nie tak best. 

From 1-10
10 is the best...
untuk filem Suamiku Encik Perfect 10, terus terang aku bagi 3 jak..
tapi untuk filem Isyarat Cinta nie.. 
I am feeling like giving them 10 out of 10!! 

Seriously best sangat-sangat!
Jalan cerita yang tak dijangka...sedih wuu~ T.T 

I'm not saying this because of the actors and actress okay? It's never about that. Kalau diikutkan aku lagi minat dengan Aaron Aziz compare to Adi Putra dan Fizo Omar. Aku jauh lagi minat dengan lakonan Lisa Surihani berbanding Liyana Jasmay. But to be frankly honest, watak dorang memang hidup sangat dalam filem nie. Ehh macam aku puji lebih-lebih pulak, kan? 

Kalau nak tahu sendiri, pergilah tengok ya? Confirm ndak rugi. Jarang tau aku promote wayang, apatah lagi filem Melayu... Dalam banyak-banyak movie yang aku pernah tengok, aku paling minat Big Hero 6, The Maze Runner... And finally !! Isyarat Cinta... 

Yang sangat menyentuh hati. (",)  

Keluar dari pawagam mata aku masih basah lagi sebab nangis waktu ending filem tu tadi. Terharu punya pasal sampai aku lupa nak ambik milo yang aku simpan kat locker tadi, Hehehe. 

No comments:

Post a Comment