Friday, April 8, 2016

Sambung belajar atau terus mengajar?

Bismillahirrahmanirrahim.

Detik demi detik berlalu dengan begitu pantas. Tembok yang telahku pajak beberapa bulan lalu kini kelihatan semakin kukuh. Alhamdulillah atas rezeki yang Dia berikan. Semuanya milik Allah.

Sekarang nie aku masih menunggu keputusan UPU, sementara menunggu aku mengajar di pusat latihan Bahasa Inggeris yang telah wujud sejak bulan 11 tahun lepas.

Pointer keseluruhan STPM aku 2.67, belum termasuk ulangan penggal 3. Aku rasa terkejut sangat waktu aku tengok keputusan keseluruhan aku, mungkin tidaklah sehebat kawan-kawan lain, tapi dalam hati aku dulu aku cakap kalau lepas 2.00 pun aku dah bersyukur.

Aku memang target sekurang-kurangnya 2.50 untuk keputusan keseluruhan, tapi sebab aku sangat lemah ekonomi dan kira-kira (untuk p.a juga) aku kurangkan sikit harapan tersebut sebab takut kecewa. Alhamdulillah, rezeki Allah tiada siapa tahu. Dengan keputusan nie, InsyaAllah, aku yakin akan ada satu atau dua ipta yang sudi menjemput aku.

Sekiranya aku tidak diterima di mana-mana IPTA?
Aku akan buat permohonan dan tunggu sampai bulan 11 tahun nie. Kalau aku masih tidak diterima juga aku akan datang sendiri ke universiti tersebut, aku akan buktikan yang aku layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Tapi kalau aku tidak diterima juga?

Aku akan mengajar.
Sambil mengajar aku akan buat permohonan sekali lagi, dan lagi!
Sampai dapat. Sampai aku diterima masuk IPTA!!!

Mesti....aku mesti boleh. Tolonglah ya Allah..aku harap sangat aku dapat masuk Universiti. :(
tapi aku takut dan risau sebab terlalu ramai lepasan yang berebut untuk sambung belajar.

Katakan aku dapat kos yang aku sangat-sangat tak minat?
Aku akan fikir dulu.

Kalau ikutkan kelayakan aku, aku  layak untuk ambik TESL dan Sastera...cuma aku risau faktor persaingan sengit akan menyukarkan sikit proses penerimaan aku.

Aku minat sangat mengajar, kalau boleh aku mau belajar nie pun untuk tingkatkan ilmu supaya aku boleh jadi cikgu yang berpengetahuan luas. Aku mahu belajar supaya aku boleh jadi pengajar yang lebih baik. InsyaAllah.

Beberapa bulan saja lagi.


No comments:

Post a Comment