Tajuk entri pelik semacam?
Anyway, semalam budak form6 dah dapat result stpm sem1.
Result aku...... 1B+2C+1D+. Tak ada A. Tak ada F.
Walaupun ndak cemerlang, aku cukup gembira sebab ekonomi aku lulus.
Setakat cukup makan, sesuailah dengan aku yang belajar pun ala kadar saja.
Insya-ALLAH untuk semester 2 nie, I'll do better.
Bulan nie merupakan bulan terakhir aku berumur 18 tahun.
Aku pun tak pasti Allah izinkan aku hidup sampai bila.
Kadang-kadang aku rasa takut sangat. Aku takut aku belum mampu bahagiakan insan-insan yang aku sayang, yang aku cinta. Aku takut aku belum cukup bersedia untuk pulang kepada Penciptaku. Kita semua manusia biasa. Semua buat kesilapan, semestinya juga aku.
Aku masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk segala pertanyaan yang telah membebani fikiranku. Aku mencari jawapannya. Boleh dikatakan, setiap kali aku rasa berat sangat, air mata jadi peneman setia. Aku jarang tidur awal kebelakangan ini. Sebenarnya aku memang jarang tidur awal dari dulu. Entahlah. Susah aku nak ungkapkan apa yang aku rasa.
sama dengan adik akak la ni.. hehehe dia pun stpm gak :D
ReplyDelete