Aku kurang pasti apa sebabnya aku tak publish cerita yang aku taip nie.
Lamanya ndak tulis blog, hari nie aku mau share satu cerita. Cerita nie sudah lama sebenarnya... Sejak bulan2 lepas lagi, tapi aku tiada masa langsung mau share dekat blog nie...hehe... So here we go ! Remember that day I once post a story about this guy name Syazwan? Actually Syazwan wasn't his real name... ehh aku bukan mau cerita pasal nama dia. But after all these years... I finally managed to meet him in person ! For the first time in forever...
At first second, memang agak kekok, sebab selama nie, kami cuma berhubung melalui sms, call and fb... How do I know him? Next time I'll let you know.. Our first met was so dramatic ! Kami berjumpa semata-mata sebab aku mau bagi dia kad jemputan untuk ke majlis walimatulurus makcik aku dan sebab aku mau bagi sedikit buah tangan yang aku beli masa balik sabah.
Hari tu aku pergi ke Cyberjaya untuk program perasmian Liga Remaja Kreatif. Seminggu sebelum tu rasanya aku sudah bagitau dia, and he said "tengoklah nanti kalau free, sy jalan-jalan kt situ." lepas tu... Kami ndak berhubung dalam 3, 4 hari. Tiba-tiba.. Pagi Isnin 28 Mei, aku post status fb, and he commented on it. Asking if I'm about to go to Cyberjaya that day...aku kata "pegi, tapi petang..." dia ckp nnt bgtau nombor bas...." aku punyalah excited mau jumpa dia... tapi, sampai di cyberjaya, dia ndak jumpa tempat aku. Hingga ke penghujung program. Dia masih ndak jumpa bangunan MCMC tu.
Program pun dah habis....
bas dah sampai,
aku bagitaulah dia
tak ada rezeki nak jumpa.
tiba-tiba aku dapat sms:
sy dh sampai rasanya,
betul2 kt depan bas...
Masa tu aku baru beberapa minit duduk dalam bas, dengan muka moody aku memandang ke luar cermin bas tu... Bila baca sms dia, serta-merta tangan aku semua rasa sejuk... Nervous sangat sebab tak pernah jumpa dia...aku pun ambiklah beg kecik yg aku isi kad jemputan dan ole-ole dari sabah tu...aku nmpk dia dari cermin bas !
is that him? i mean like...seriously !?
Betul-betul ndak sangka dapat jumpa dia malam tu lepas aku sudah berada di dalam bas untuk pulang ke puchong... Aku pun melangkah turun dari bas...melintas jalan dan akhirnya ! aku berhadapan dengan lelaki itu- Muhammad Faryusz.
"hai...." sambil melambai tangan aku menyapa dia,
"hai, maaflah lambat..sesat tadi..dah dekat sepuluh kali ulang-alik jalan nie, tak tahu pulak kat sini..." sebenarnya aku kurang ingat apa yg dia ckp masa nie, hehe..tp lebih kurang mcm tulah bunyinya...
"nah!" aku menghulurkan beg kecil itu.
"apa nie?"
"adalah. okaylah, bas dah nak gerak nie...bye!"
Perbualan yang terlalu ringkas, kurang dari 60 saat.
dan kemudian aku pun berlalu...
Begitulah kisah pertemuan pertama aku dan Fairus/Muhammad Faryusz @ Mr. Flying Dutchman. Jangan hairan kenapa dia banyak nama gelaran. Orang special katakan. Hehehe.
6 haribulan Jun 2014, iaitu hari perkahwinan makcik aku, merupakan kali kedua aku jumpa Fairus.
Ini antara gambar candid kami. Credit for my little sisters for being our photographers.
To-be-Continued.



wahhh mesti nervous gila kan time tuu :P
ReplyDeletewauuu kinda romantic u!...wuuuuwuuuu ^_^ ..anyway singgah sini jalan@ + follow...salam kenal
ReplyDeletehehe..salam kenal, rakan-rakan.
ReplyDelete