Sunday, September 13, 2015

Kejutan hari jadi untuk dia

Disebabkan 3 hari  lagi hari jadi Ducthman yang paling baik, jadi aku ada buat satu kejutan untuk dia... harap sangat dia gembira. Kejutan apa? Tak boleh bagitau sekarang sebab manalah tahu tiba-tiba dia terbaca blog aku dah tak jadi kejutan dah. Hehe. Tangan gatal sangat nak cerita kat sini. 

I'm not there with him, but my heart has never been away since the day I fell in love with him. Aku pun tak pasti sejak entah bila rasa indah itu mula menari-nari di dalam hati. 

Jiwang sangat? Cakaplah apapun, perasaan itu amat sukar untuk aku ungkapkan. Aku cuma mahu buatkan dia tersenyum, macam mana dia dah buat aku tersenyum, gembira, dan juga terharu. Walaupun air mata ini sering mengalir saat merindukannya, tanpa pengetahuannya. Itu tidak sedikitpun mengubah perasaan indah yang aku rasakan, kerana dia adalah keajaiban untuk aku... 

4 comments: