Assalamualaikum. Blog yang amat aku rindui. Tiga bulan telah aku tinggalkan dunia blog ini rupanya. Aku sendiri tak perasan. Begitu pantas waktu berlalu.
Entri terakhir aku ceritakan tentang kejutan hari jadi Encik Faryusz di saat sibuk membuat persiapan STPM(pada ketika itu). Alhamdulillah, kesemua kertas soalan telah pun selamat aku jawap dengan izin-Nya. Kini aku bukan lagi seorang pelajar tingkatan enam.
Sebaliknya, aku ialah seorang guru yang bekerja di pusat latihan aku sendiri.
Ya, sungguh pantas waktu berlalu. Aku sendiri tidak percaya, ini semua ibarat mimpi.
Namun, ini realiti yang Dia telah tuliskan untuk aku.
Syukur, hidup kini terasa lebih tenang. Aku masih berusaha untuk memperbaiki kehidupan.
Banyak yang aku ingin kongsikan. Mungkin pada entri yang akan datang.
Kepada rakan-rakan blogger yang baru follow, InsyaAllah saya akan follow kembali.
Maaf kerana megambil masa yang agak lama. Status Nuffnang pun sudah hilang glitterynya.
I'll try to write and promote my blog back, maybe next year.
See you guys!
No comments:
Post a Comment