Tuesday, April 18, 2017

Saat pertama

Saat pertama kita mula jatuh hati pada seseorang, kita tidak lagi memandang dia sebagai seorang yang berbeza meskipun fiziknya berubah. Bagaimanapun rupanya kelak. Pada kita, dia tetap indah, dan indahnya dia tiada berkesudahan.


Betul, manusia berubah.
Begitu juga pada hati dan perasaan. Ada yang hatinya makin lama makin tawar pada yang bernama cinta..tetapi ada juga yang hatinya semakin lama semakin bisa memahami erti cinta sebenar.


Perasan.
Andai benar perasaan kasih dan sayang itu terbina atas kasihnya kita kepada Dia. Percayalah, perasaan itu tidak mungkin terbunuh dek kejamnya fitnah dunia. Perasaan itu bahkan semakin lama akan menjadi semakin utuh, tidak mudah goyah, jauh sekali runtuh.


Buat kamu cintaku, ilham disetiap penulisanku. Sumber kekuatan di setiap perjuanganku. Kaulah inspirasi hidupku.. Mimpi indah disetiap malamku. Kamu bukan saja destinasiku, malah engkaulah pelengkap hidupku.


Moga engkau hanya untukku, dan semestinya aku hanya untukmu.

Yang tulus mencintaimu, Puteri.

Monday, March 13, 2017

Kami sudah bertunang!




























                                                         Terima kasih, Encik tunang.

Friday, February 17, 2017

Sejarah mungkin berulang

Hai dear blogger. Aku rasa macam segan lak bila baca balik apa yang aku dah pernah tulis dalam blog nie. Kadang2 rasa macam mau delete blog nie pun ada.. but, I love you too much to let you die, dear Blog. So biarlah aku jaga kau sehingga ke akhirnya ya Blog..  

Ohh ya, semalam kami g beli pin upu. Aku harap aku dapat masuk U walaupun aku tau sejarah mungkin berulang, walau aku berharap tapi belum tentu aku dapat. I just won't cry again. I won't let anybody knows that the pain is torturing me even though sometimes kalau sakit sangat mungkin aku terbagitau juga. Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan disini? 

Entahlah, aku pun pening. Rasa macam maigrin sedang menjengah. Sebenarnya aku stress sikit sebab berat badan aku naik. Naik jauh betul berbanding last aku timbang. Seingat aku last aku timbang tahun lepas berat aku 58/59kg. Patutlah sebelum nie ramai orang tegur badan aku makin gemok/berisi. Dutchman pun tegur gak, dia cakap nampaklah perbezaannya. Adush. >.<"

Paling aku ndak tahan di bahagian dagu dan perut... Ya Allah.. Memang ketara perbezaannya. 
Sejarah telah berulang, tapi kali nie sudah pecah rekod berat badan aku selama ini. Sebelum nie kan paling teruk pun berat aku 64kg. Now!? 66.2kg!!!!!! Ohh my god.... baru timbang tadi. Serius terkejut. Aku expect paling teruk pun 64kg jak, macam sebelum nie..tapi ini dah melebih lebih nampaknya. Nah, keluar sudah cakap Sabahku.. jadi aku perlu bertindak. 

Kalau bulan lepas bolehlah guna alasan aku baru operate and tak berapa sihat, sekarang nie ndak boleh sudah.. ohh ya, aku ndak ingat kalau aku ada tulis dekat snini pasal aku operate..tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nanti aku cerita lagi. Padahal belum tentu ada orang mau baca pun.. Oklah, nanti aku sambbung blogging.. Sampai sini dulu. Daa... 


Wednesday, February 8, 2017

Unblock my blog.

Hi.

So here we go, this is the first post in 2017. I've  just unblock my blog, I mean I have set it private last year but today, I set it public again. I miss you dear blog. Sorry for neglecting you.

I said I won't stop blogging, but I just don't know how to write out my feelings anymore.
I've forgotten. I have stopped writing since a few months ago. I don't even remember when was the last time I write, other than the writing I posted on my social medias.

I don't have time to write anything on my diary anymore.
I miss being close to my diary and poetry books.
Wish to have them back.

Saturday, December 17, 2016

Blog aku serabut

Aku rasa blog aku sangat serabut and I just can't find the right time to manage this blog. Apa yang busy sangat pun tak taulah, maybe I only have time to berangan jak. Hehe. Like seriously. Kerja pun jadi bos. Akulah bos akulah kuli. Bulan November dan Disember nie memang kerja santai-santai.

Plan program. Buat program. Mengajar private class.
Jalan-jalan. Makan2. Dating2. Oppsss. Bahagianya hidup ! Haha...

Unfortunately, things aren't going to stay the same forever. I should've get ready early. Yess.... Earlierrrr........ which is mean now. I just couldn't stop playing around, but that doesn't mean I didn't try anything. Eh apa aku cakap nie? Tidolah. Esok nak g mengajar and melancong! Huhuhu... BYE.

Friday, November 18, 2016

Just

Sometimes 
we stop talking cuz we afraid they will stop listening
we stop sharing cuz we afraid they will get annoyed

But one thing for sure

I won't stop loving you.

....

Dear Faryusz, 

I'm just afraid one day you will get bored with me and my stories
I'm just afraid one day, you will think that I am such an annoying woman

I keep on praying that you would never be. 

....

Ya Allah, please let me be the princess of his heart,
till the end of my life.

Ya Allah,
please let me be his one and only wife. 

....

Aamiin. 

Wednesday, August 10, 2016

Keputusannya

Hai. Aku dah dapat keputusan upu 2 hari lepas, walaupun keputusan tu yang memang aku mahukan tetapi ada sedikit rasa kecewa dalam hati aku. Aku sendiri pun tak faham kenapa.

Semalam aku ada terdetik nak buat rayuan untuk upu tapi bila aku fikir2 balik. What for? I have prayed a lot that I won't get any offer to further my studies this year and tiba2 aku stress, nangis2 and terfikir nak buat rayuan untuk further study? What a silly me!

And today, as I've promised to myself a week ago, I have seen my life much clearer for few months from now.

I'll be working as a teacher before I decided to be a student again. Alhamdulillah aku tak dapat tawaran apa-apa, it'll be easier for me later on.

Thank you Allah.

Monday, August 8, 2016

Menjelang Result UPU 2016

I'm so nervous, okay!?

Nervous yang teramat sangat, entahlah...walaupun aku selalu berubah-rubah hati, tapi bila tengok orang lain semua risau tak dapat U aku boleh pulak terikut risau. Sudahlah momy pun banyak kali tanya, bila result bila result?

Makin nervous lak kita...hm...momy cakap ada hikmah kalau aku dapat sambung belajar jauh, I can feel that she is excited and wanted me to further my studies walaupun dia kata tak kisah aku nak buat keputusan apa pun..

Semuanya akan terjawab beberapa jam saja lagi.

Aku pun tak tahu apa yang aku harapkan tapi sebenarnya semangat untuk sambung belajar tu memang membara didalam jiwa.

I really want it even though I tried to deny it, but yes... I really want it!!

Aku akan terima takdirku seadanya.

Kalau dapat, dapatlah, kalau tak...mungkin belum masanya. ;)

Saturday, July 30, 2016

Kerjaya atau pelajaran?

Aku tak dapat tidur lagi malam nie. Macam malam-malam yang sudah.

Selalu termenung, memandang dinding siling yang gelap, memikirkan masa hadapan. Aku risau kalau keputusan yang aku buat nie bukanlah keputusan yang terbaik. Aku risau kalau langkah aku menemui jalan buntu.

Nauzubillah.
Semoga dijauhkan.

1. Dari dulu sampailah sekarang,  melanjutkan pelajaran di menara gading adalah impian aku yang hakiki. Aku akan dan aku memang terlalu ingin untuk menjejakkan kaki ini ke sana, bagaimanapun caranya. Suatu hari nanti aku akan pastikan yang aku juga bisa menempah nama di tempat itu.

2. Dari dulu sampailah sekarang, aku selalu rasa yang diri aku tiada guna bila aku tidak mampu melakukan apa-apa untuk mereka yang aku cintai. Cintai bagai nyawaku sendiri- adik2ku. Mana mungkin aku tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sangat memerlukan aku.

Semakin lama aku semakin sedar, impian aku adalah untuk melihat orang-orang yang aku sayangi bahagia, dan aku mau menjadi salah satu punca kebahagiaan tersebut.

Bila aku sedar, tujuan 'langkahku' ke menara adalah untuk menjadikan diri aku seorang yang lebih baik, bukan sekadar cita-cita, bukan sekadar impian. Langkah tersebut adalah permulaan bagi sebuah kehidupan yang lebih baik.

Aku boleh mula mengorak langkah di dunia kerjaya sekarang, tapi mungkin 'kerjaya' ini tidak setanding dengan kerjaya yang bisa aku dapatkan setelah mendapat nama di sana.

Aku boleh terus belajar sekarang, tetapi sampaikah hati aku membiarkan mereka yang aku sayang terbiar selama aku menempah nama di sana?

Aku tau ada hikmah disebalik semua ini.
Aku tau ada sebab Allah belum beri jawapan untuk setiap istikharahku.
Aku tau aku pasti akan temui yang terbaik untuk hidupku.

InsyaAllah.

Sunday, June 12, 2016

Luahan hati sang Puteri

Hai gaisss...

Firstly, aku nak mintak maaf sebab tak balas comment, tak balas lawatan dan sebagainya.
Hidup terasa semakin  membingitkan sejak akhir2 ini. Eh yeke akhir2 ini? Perasaan aku macam senantiasa bingit jer...hmm.

Tujuan aku update blog kali ini adalah untuk meluahkan perasaan celaru yang bermain-main dalam mindaku ini. Tak terluah dek kata-kata.

Cita-cita, cinta dan impian?

Semuanya terasa semakin membara dalam jiwa.

Cinta ini, kasih ini... rindu ini.
Cita-cita ini, impian ini...harapan ini.

Selain daripada family aku, aku cuma ada dua orang yang selalu ada disamping aku. They are my babe and  my boyfriend, Dutchman. Tapi aku sedar, they have their  own life. Hidup dorang bukan untuk melayan aku dan kisah hidup aku yang memeningkan nie saja. Bosan tau ? Orang kalau dgr cerita yang sama berulang kali sapee tak bosan Puteri !

Walaupun aku tahu mereka adalah pendengar yang setia, aku ambil keputusan untuk slowly kurangkan berceritaa perkara yang boleh aku pendam sendiri. Kecuali aku rasa mmg aku patut ceritakan baru aku cerita. Dutchman tu macam doktor tauu, setiap kali aku maigrin mungkin sebab stress, few minutes after talking to him I will feel relieve!

Mungkin sebab aku dilamun cinta, jadi setiap  kata2 dia umpama penawar bagi aku... Aku selalu angau tau! Dia je tak tahu...huhuhu. Tapi kdg2 aku bagitau gak dia yg dia tu mmg umpama doktor bagi aku... Aku sayang dia sangat. Hope dia dapat selami perasaan aku nie.  ('',)

Kadang2 aku sedih kalau dia tak beri perhatian kat aku, sebab he's the only one guy yang aku tunggu-tunggu setiap hari, aku tak mintak byk pun... just "good morning, good night, i love u. i miss u" dah cukup buat aku bahagia dan hilangkan kesedihan aku. Aku harap dia faham, yang aku cuma mahu perhatiannya. I just want him to understand that I really need it.

Ciss, tulis camnie pun boleh nangis ke Puteri ! Berbalik pada permasalahan aku tentang cita-ita dan impian aku. Just few weeks ago aku dapat tempat untuk jawap medsi dan aku  lulus ujian medsi tu which is mean aku layak ambil kos dalam bidang pendidikan. Tapi aku kurang pasti sebenarnya macam mana aku boleh apply UMS sebelum nie? I don't remember! Aku rasa mungkin sbb aku tertukar ums ngn usm but aku pun dah tak berapa ingat. Mula2 ingatkan aku gagal medsi sebab check upm aku tak dapat panggilan temuduga, rupa2nya aku dapat tapi untuk ums.

20 haribulan Jun nie tarikh temuduga tersebut, aku harap aku gagal jadi aku boleh buat rayuan untuk masuk U yang berdektatan dengan family aku. Sabah is too far. I can't bear a life like that. But what if aku terlulus? Should I terima tawaran tersebut? I really wanna be a student again! Course yang aku minat pulak tu.... Ya Allah, ujian betul semua ini. Hmm....tak pernah aku alami situasi di mana aku akan pergi temuduga dengan harapan aku akan gagal. Haha. Haish...

At first ingat nak ignore je panggilan temuduga tu tapi bila kawan bagitau kalau aku tak datang temuduga tu dikira aku dah tolak bidang pendidikan and tak layak buat rayuan lagi. Bila aku check, betul apa yang kawan aku kata tu... Tapi still, Sabah is too far from my beloved ones. Kota Kinabalu tu....kampung aku kat Sandakan. I wanna be near to my momy, little sisters and brother.. My Dutchman syg, my babe and of course my training centre!!

Ya Allah, berilah yang terbaik untuk aku dan masa depanku... Aamiin.
Okayy gaiss, thanksfor reading, nak lelap jap before bangun sahur.

Ohhh by the wayyy, salam ramadan semua!

Saturday, May 7, 2016

Sayang saya

Rasa macam mau tulis kisah kali pertama berjumpa dengan bakal ibu mertuaku tapi aku sangat mengantuk. Jadi ku kongsikan sekeping gambar bersama buah hatiku...

at his house..

Friday, April 8, 2016

Sambung belajar atau terus mengajar?

Bismillahirrahmanirrahim.

Detik demi detik berlalu dengan begitu pantas. Tembok yang telahku pajak beberapa bulan lalu kini kelihatan semakin kukuh. Alhamdulillah atas rezeki yang Dia berikan. Semuanya milik Allah.

Sekarang nie aku masih menunggu keputusan UPU, sementara menunggu aku mengajar di pusat latihan Bahasa Inggeris yang telah wujud sejak bulan 11 tahun lepas.

Pointer keseluruhan STPM aku 2.67, belum termasuk ulangan penggal 3. Aku rasa terkejut sangat waktu aku tengok keputusan keseluruhan aku, mungkin tidaklah sehebat kawan-kawan lain, tapi dalam hati aku dulu aku cakap kalau lepas 2.00 pun aku dah bersyukur.

Aku memang target sekurang-kurangnya 2.50 untuk keputusan keseluruhan, tapi sebab aku sangat lemah ekonomi dan kira-kira (untuk p.a juga) aku kurangkan sikit harapan tersebut sebab takut kecewa. Alhamdulillah, rezeki Allah tiada siapa tahu. Dengan keputusan nie, InsyaAllah, aku yakin akan ada satu atau dua ipta yang sudi menjemput aku.

Sekiranya aku tidak diterima di mana-mana IPTA?
Aku akan buat permohonan dan tunggu sampai bulan 11 tahun nie. Kalau aku masih tidak diterima juga aku akan datang sendiri ke universiti tersebut, aku akan buktikan yang aku layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Tapi kalau aku tidak diterima juga?

Aku akan mengajar.
Sambil mengajar aku akan buat permohonan sekali lagi, dan lagi!
Sampai dapat. Sampai aku diterima masuk IPTA!!!

Mesti....aku mesti boleh. Tolonglah ya Allah..aku harap sangat aku dapat masuk Universiti. :(
tapi aku takut dan risau sebab terlalu ramai lepasan yang berebut untuk sambung belajar.

Katakan aku dapat kos yang aku sangat-sangat tak minat?
Aku akan fikir dulu.

Kalau ikutkan kelayakan aku, aku  layak untuk ambik TESL dan Sastera...cuma aku risau faktor persaingan sengit akan menyukarkan sikit proses penerimaan aku.

Aku minat sangat mengajar, kalau boleh aku mau belajar nie pun untuk tingkatkan ilmu supaya aku boleh jadi cikgu yang berpengetahuan luas. Aku mahu belajar supaya aku boleh jadi pengajar yang lebih baik. InsyaAllah.

Beberapa bulan saja lagi.


Tuesday, February 9, 2016

Pembedahan dan kerisauan

Sakit ini telah lama aku pendam.

Aku tahu yang lambat laun aku terpaksa hadapi juga semua kenyataan ini. Suka atau tidak pembedahan tersebut tetap perlu dilakukan. Aku ndak boleh lari lagi. Cukup lama sudah biarkan macam nie.

Aku tahu tanggungjawap yang aku pikul buat aku rasa risau untuk buat pembedahan. Meskipun doktor cakap cuma pembedahan kecil, tapi yang kecil itulah yang akan membawa impak besar dalam hidup aku.

Dulu komitmen sebagai pelajar buat aku tunda dan tunda lagi.
Lari daripada hakikat yang perlu aku hadapi.

Kini, komitmen sebagai seorang guru buat aku risau, because I'm not only teaching. I'm everything here. Akulah bos, akulah si kuli.

Tanpa aku, aku tahu sukar untuk NETC teruskan hidup.  Aku risau apa-apa jadi.

Sekarang aku sedang cari orang-orang yang amanah dan komited untuk tolong aku jaga NETC sementara aku menjalani beberapa pembedahan untuk keluarkan ketumbuhan yang ada dalam badan aku. Tapi apa yang 'mereka' telah lakukan membuatkan aku semakin takut...

Mana dengan pembedahan yang menakutkan. Mana dengan mereka yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh untuk menggalas amanah ini.

Perjalanan ini

Adakalanya apa yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku kehilangan kata-kata.

Aku takut...
aku lelah...

Moga Dia kuatkan aku. 

Thursday, December 24, 2015

Rindu sangat nak berblogwalking

Lama sangat dah tak jalan-jalan di blog ni. Ingat lepas habis sekolah dapatlah luangkan lebih masa dalam dunia blog, tapi sejak dah mula kerja semakin suntuk masa.

Rindu nak berblogwalking!
RINDU RINDU RINDU RINDU!

Nuffnang pun dah bertukar status jadi non-gliterry, dan aku tak pasti apa masalah blog aku dengan Nuffnang sampai bila bukak blog macam ada htm error. Bila aku remove nuffnang baru okay.

Never mind, I'll check it later. Kalau sempat malam nanti aku share cerita dalam blog nie ya.
See you guys later!


Sunday, December 20, 2015

Aku seorang guru

Assalamualaikum. Blog yang amat aku rindui. Tiga bulan telah aku tinggalkan dunia blog ini rupanya. Aku sendiri tak perasan. Begitu pantas waktu berlalu.

Entri terakhir aku ceritakan tentang kejutan hari jadi Encik Faryusz di saat sibuk membuat persiapan STPM(pada ketika itu). Alhamdulillah, kesemua kertas soalan telah pun selamat aku jawap dengan izin-Nya. Kini aku bukan lagi seorang pelajar tingkatan enam.

Sebaliknya, aku ialah seorang guru yang bekerja di pusat latihan aku sendiri.
Ya, sungguh pantas waktu berlalu. Aku sendiri tidak percaya, ini semua ibarat mimpi.

Namun, ini realiti yang Dia telah tuliskan untuk aku.
Syukur, hidup kini terasa lebih tenang. Aku masih berusaha untuk memperbaiki kehidupan.

Banyak yang aku ingin kongsikan. Mungkin pada entri yang akan datang.
Kepada rakan-rakan blogger yang baru follow, InsyaAllah saya akan follow kembali.
Maaf kerana megambil masa yang agak lama. Status Nuffnang pun sudah hilang glitterynya.

I'll try to write and promote my blog back, maybe next year.
See you guys!

Sunday, September 13, 2015

Kejutan hari jadi untuk dia

Disebabkan 3 hari  lagi hari jadi Ducthman yang paling baik, jadi aku ada buat satu kejutan untuk dia... harap sangat dia gembira. Kejutan apa? Tak boleh bagitau sekarang sebab manalah tahu tiba-tiba dia terbaca blog aku dah tak jadi kejutan dah. Hehe. Tangan gatal sangat nak cerita kat sini. 

I'm not there with him, but my heart has never been away since the day I fell in love with him. Aku pun tak pasti sejak entah bila rasa indah itu mula menari-nari di dalam hati. 

Jiwang sangat? Cakaplah apapun, perasaan itu amat sukar untuk aku ungkapkan. Aku cuma mahu buatkan dia tersenyum, macam mana dia dah buat aku tersenyum, gembira, dan juga terharu. Walaupun air mata ini sering mengalir saat merindukannya, tanpa pengetahuannya. Itu tidak sedikitpun mengubah perasaan indah yang aku rasakan, kerana dia adalah keajaiban untuk aku... 

Kali terakhir jumpa


13 haribulan September. 3 hari sebelum hari jadi Muhammad Faryusz also known as Encik Fairus or Dutchman. I have wrote this entry and pictures before, in pertemuan ke-8. Pertemuan kali ke-8 yang juga merupakan pertemuan terakhir kami tahun lepas. For some reasons, he decided not to meet me anymore. Just for the time being. Yeah. I miss him. That's why I feel like writing this entry again, new entry with our old pictures and sweet memories. How I miss you dear. I wish you know... 























Hari tu waktu keluar, I told him to tolong angkat that patung Baymax to my house. And he was like, what!? "Mana bolehlah, itu patung untuk promosi je." dengan wajah serius, aku cakap... "alaa...saya nak jugak patung Baymax tu..." then I laughed. Dia cakap "boleh, tapi nanti tunggu keluar kat kedai dulu." You know what I reply after that? "Saya nak yang besar macam nie ok." Dia pun kerut dahi, dan cakap... "Agaknya sebab tulah dorang letak tali merah tu." I laugh and laugh again. 

Dutchman nie comel sangat, kan? Baik pulak tu...layan ja aku walaupun aku mengada-ngada. Satu lagi, aku nak sangat tengok lampu cantik warna warni kat Alamnda tu bila waktu malam, tapi sebab belum malam... Mestilah lampu-lampu cantik tu tak ada. 

"Saya nak tengok lampu yang warna warni tu..."
"Ada, tapi kena tunggu malam dululah, baru lampu tu hidup."
"Suruhlah dorang hidupkan sekarang. Saya nak tengok."
"Haih, kalau saya nie CEO lainlah, sekarang nie manalah orang nak dengar cakap saya." 

He knew I was just playing around, tapi dia layan jugak cakap2 kosong aku nie... 
I never met someone like him before. Tak pernah sekalipun marah aku walaupun aku nie... kadang-kadang annoying dan menyusahkan dia. I hope he will stay like that. Forever.