Saturday, December 17, 2016

Blog aku serabut

Aku rasa blog aku sangat serabut and I just can't find the right time to manage this blog. Apa yang busy sangat pun tak taulah, maybe I only have time to berangan jak. Hehe. Like seriously. Kerja pun jadi bos. Akulah bos akulah kuli. Bulan November dan Disember nie memang kerja santai-santai.

Plan program. Buat program. Mengajar private class.
Jalan-jalan. Makan2. Dating2. Oppsss. Bahagianya hidup ! Haha...

Unfortunately, things aren't going to stay the same forever. I should've get ready early. Yess.... Earlierrrr........ which is mean now. I just couldn't stop playing around, but that doesn't mean I didn't try anything. Eh apa aku cakap nie? Tidolah. Esok nak g mengajar and melancong! Huhuhu... BYE.

Friday, November 18, 2016

Just

Sometimes 
we stop talking cuz we afraid they will stop listening
we stop sharing cuz we afraid they will get annoyed

But one thing for sure

I won't stop loving you.

....

Dear Faryusz, 

I'm just afraid one day you will get bored with me and my stories
I'm just afraid one day, you will think that I am such an annoying woman

I keep on praying that you would never be. 

....

Ya Allah, please let me be the princess of his heart,
till the end of my life.

Ya Allah,
please let me be his one and only wife. 

....

Aamiin. 

Wednesday, August 10, 2016

Keputusannya

Hai. Aku dah dapat keputusan upu 2 hari lepas, walaupun keputusan tu yang memang aku mahukan tetapi ada sedikit rasa kecewa dalam hati aku. Aku sendiri pun tak faham kenapa.

Semalam aku ada terdetik nak buat rayuan untuk upu tapi bila aku fikir2 balik. What for? I have prayed a lot that I won't get any offer to further my studies this year and tiba2 aku stress, nangis2 and terfikir nak buat rayuan untuk further study? What a silly me!

And today, as I've promised to myself a week ago, I have seen my life much clearer for few months from now.

I'll be working as a teacher before I decided to be a student again. Alhamdulillah aku tak dapat tawaran apa-apa, it'll be easier for me later on.

Thank you Allah.

Monday, August 8, 2016

Menjelang Result UPU 2016

I'm so nervous, okay!?

Nervous yang teramat sangat, entahlah...walaupun aku selalu berubah-rubah hati, tapi bila tengok orang lain semua risau tak dapat U aku boleh pulak terikut risau. Sudahlah momy pun banyak kali tanya, bila result bila result?

Makin nervous lak kita...hm...momy cakap ada hikmah kalau aku dapat sambung belajar jauh, I can feel that she is excited and wanted me to further my studies walaupun dia kata tak kisah aku nak buat keputusan apa pun..

Semuanya akan terjawab beberapa jam saja lagi.

Aku pun tak tahu apa yang aku harapkan tapi sebenarnya semangat untuk sambung belajar tu memang membara didalam jiwa.

I really want it even though I tried to deny it, but yes... I really want it!!

Aku akan terima takdirku seadanya.

Kalau dapat, dapatlah, kalau tak...mungkin belum masanya. ;)

Saturday, July 30, 2016

Kerjaya atau pelajaran?

Aku tak dapat tidur lagi malam nie. Macam malam-malam yang sudah.

Selalu termenung, memandang dinding siling yang gelap, memikirkan masa hadapan. Aku risau kalau keputusan yang aku buat nie bukanlah keputusan yang terbaik. Aku risau kalau langkah aku menemui jalan buntu.

Nauzubillah.
Semoga dijauhkan.

1. Dari dulu sampailah sekarang,  melanjutkan pelajaran di menara gading adalah impian aku yang hakiki. Aku akan dan aku memang terlalu ingin untuk menjejakkan kaki ini ke sana, bagaimanapun caranya. Suatu hari nanti aku akan pastikan yang aku juga bisa menempah nama di tempat itu.

2. Dari dulu sampailah sekarang, aku selalu rasa yang diri aku tiada guna bila aku tidak mampu melakukan apa-apa untuk mereka yang aku cintai. Cintai bagai nyawaku sendiri- adik2ku. Mana mungkin aku tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sangat memerlukan aku.

Semakin lama aku semakin sedar, impian aku adalah untuk melihat orang-orang yang aku sayangi bahagia, dan aku mau menjadi salah satu punca kebahagiaan tersebut.

Bila aku sedar, tujuan 'langkahku' ke menara adalah untuk menjadikan diri aku seorang yang lebih baik, bukan sekadar cita-cita, bukan sekadar impian. Langkah tersebut adalah permulaan bagi sebuah kehidupan yang lebih baik.

Aku boleh mula mengorak langkah di dunia kerjaya sekarang, tapi mungkin 'kerjaya' ini tidak setanding dengan kerjaya yang bisa aku dapatkan setelah mendapat nama di sana.

Aku boleh terus belajar sekarang, tetapi sampaikah hati aku membiarkan mereka yang aku sayang terbiar selama aku menempah nama di sana?

Aku tau ada hikmah disebalik semua ini.
Aku tau ada sebab Allah belum beri jawapan untuk setiap istikharahku.
Aku tau aku pasti akan temui yang terbaik untuk hidupku.

InsyaAllah.

Sunday, June 12, 2016

Luahan hati sang Puteri

Hai gaisss...

Firstly, aku nak mintak maaf sebab tak balas comment, tak balas lawatan dan sebagainya.
Hidup terasa semakin  membingitkan sejak akhir2 ini. Eh yeke akhir2 ini? Perasaan aku macam senantiasa bingit jer...hmm.

Tujuan aku update blog kali ini adalah untuk meluahkan perasaan celaru yang bermain-main dalam mindaku ini. Tak terluah dek kata-kata.

Cita-cita, cinta dan impian?

Semuanya terasa semakin membara dalam jiwa.

Cinta ini, kasih ini... rindu ini.
Cita-cita ini, impian ini...harapan ini.

Selain daripada family aku, aku cuma ada dua orang yang selalu ada disamping aku. They are my babe and  my boyfriend, Dutchman. Tapi aku sedar, they have their  own life. Hidup dorang bukan untuk melayan aku dan kisah hidup aku yang memeningkan nie saja. Bosan tau ? Orang kalau dgr cerita yang sama berulang kali sapee tak bosan Puteri !

Walaupun aku tahu mereka adalah pendengar yang setia, aku ambil keputusan untuk slowly kurangkan berceritaa perkara yang boleh aku pendam sendiri. Kecuali aku rasa mmg aku patut ceritakan baru aku cerita. Dutchman tu macam doktor tauu, setiap kali aku maigrin mungkin sebab stress, few minutes after talking to him I will feel relieve!

Mungkin sebab aku dilamun cinta, jadi setiap  kata2 dia umpama penawar bagi aku... Aku selalu angau tau! Dia je tak tahu...huhuhu. Tapi kdg2 aku bagitau gak dia yg dia tu mmg umpama doktor bagi aku... Aku sayang dia sangat. Hope dia dapat selami perasaan aku nie.  ('',)

Kadang2 aku sedih kalau dia tak beri perhatian kat aku, sebab he's the only one guy yang aku tunggu-tunggu setiap hari, aku tak mintak byk pun... just "good morning, good night, i love u. i miss u" dah cukup buat aku bahagia dan hilangkan kesedihan aku. Aku harap dia faham, yang aku cuma mahu perhatiannya. I just want him to understand that I really need it.

Ciss, tulis camnie pun boleh nangis ke Puteri ! Berbalik pada permasalahan aku tentang cita-ita dan impian aku. Just few weeks ago aku dapat tempat untuk jawap medsi dan aku  lulus ujian medsi tu which is mean aku layak ambil kos dalam bidang pendidikan. Tapi aku kurang pasti sebenarnya macam mana aku boleh apply UMS sebelum nie? I don't remember! Aku rasa mungkin sbb aku tertukar ums ngn usm but aku pun dah tak berapa ingat. Mula2 ingatkan aku gagal medsi sebab check upm aku tak dapat panggilan temuduga, rupa2nya aku dapat tapi untuk ums.

20 haribulan Jun nie tarikh temuduga tersebut, aku harap aku gagal jadi aku boleh buat rayuan untuk masuk U yang berdektatan dengan family aku. Sabah is too far. I can't bear a life like that. But what if aku terlulus? Should I terima tawaran tersebut? I really wanna be a student again! Course yang aku minat pulak tu.... Ya Allah, ujian betul semua ini. Hmm....tak pernah aku alami situasi di mana aku akan pergi temuduga dengan harapan aku akan gagal. Haha. Haish...

At first ingat nak ignore je panggilan temuduga tu tapi bila kawan bagitau kalau aku tak datang temuduga tu dikira aku dah tolak bidang pendidikan and tak layak buat rayuan lagi. Bila aku check, betul apa yang kawan aku kata tu... Tapi still, Sabah is too far from my beloved ones. Kota Kinabalu tu....kampung aku kat Sandakan. I wanna be near to my momy, little sisters and brother.. My Dutchman syg, my babe and of course my training centre!!

Ya Allah, berilah yang terbaik untuk aku dan masa depanku... Aamiin.
Okayy gaiss, thanksfor reading, nak lelap jap before bangun sahur.

Ohhh by the wayyy, salam ramadan semua!

Saturday, May 7, 2016

Sayang saya

Rasa macam mau tulis kisah kali pertama berjumpa dengan bakal ibu mertuaku tapi aku sangat mengantuk. Jadi ku kongsikan sekeping gambar bersama buah hatiku...

at his house..

Friday, April 8, 2016

Sambung belajar atau terus mengajar?

Bismillahirrahmanirrahim.

Detik demi detik berlalu dengan begitu pantas. Tembok yang telahku pajak beberapa bulan lalu kini kelihatan semakin kukuh. Alhamdulillah atas rezeki yang Dia berikan. Semuanya milik Allah.

Sekarang nie aku masih menunggu keputusan UPU, sementara menunggu aku mengajar di pusat latihan Bahasa Inggeris yang telah wujud sejak bulan 11 tahun lepas.

Pointer keseluruhan STPM aku 2.67, belum termasuk ulangan penggal 3. Aku rasa terkejut sangat waktu aku tengok keputusan keseluruhan aku, mungkin tidaklah sehebat kawan-kawan lain, tapi dalam hati aku dulu aku cakap kalau lepas 2.00 pun aku dah bersyukur.

Aku memang target sekurang-kurangnya 2.50 untuk keputusan keseluruhan, tapi sebab aku sangat lemah ekonomi dan kira-kira (untuk p.a juga) aku kurangkan sikit harapan tersebut sebab takut kecewa. Alhamdulillah, rezeki Allah tiada siapa tahu. Dengan keputusan nie, InsyaAllah, aku yakin akan ada satu atau dua ipta yang sudi menjemput aku.

Sekiranya aku tidak diterima di mana-mana IPTA?
Aku akan buat permohonan dan tunggu sampai bulan 11 tahun nie. Kalau aku masih tidak diterima juga aku akan datang sendiri ke universiti tersebut, aku akan buktikan yang aku layak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Tapi kalau aku tidak diterima juga?

Aku akan mengajar.
Sambil mengajar aku akan buat permohonan sekali lagi, dan lagi!
Sampai dapat. Sampai aku diterima masuk IPTA!!!

Mesti....aku mesti boleh. Tolonglah ya Allah..aku harap sangat aku dapat masuk Universiti. :(
tapi aku takut dan risau sebab terlalu ramai lepasan yang berebut untuk sambung belajar.

Katakan aku dapat kos yang aku sangat-sangat tak minat?
Aku akan fikir dulu.

Kalau ikutkan kelayakan aku, aku  layak untuk ambik TESL dan Sastera...cuma aku risau faktor persaingan sengit akan menyukarkan sikit proses penerimaan aku.

Aku minat sangat mengajar, kalau boleh aku mau belajar nie pun untuk tingkatkan ilmu supaya aku boleh jadi cikgu yang berpengetahuan luas. Aku mahu belajar supaya aku boleh jadi pengajar yang lebih baik. InsyaAllah.

Beberapa bulan saja lagi.


Tuesday, February 9, 2016

Pembedahan dan kerisauan

Sakit ini telah lama aku pendam.

Aku tahu yang lambat laun aku terpaksa hadapi juga semua kenyataan ini. Suka atau tidak pembedahan tersebut tetap perlu dilakukan. Aku ndak boleh lari lagi. Cukup lama sudah biarkan macam nie.

Aku tahu tanggungjawap yang aku pikul buat aku rasa risau untuk buat pembedahan. Meskipun doktor cakap cuma pembedahan kecil, tapi yang kecil itulah yang akan membawa impak besar dalam hidup aku.

Dulu komitmen sebagai pelajar buat aku tunda dan tunda lagi.
Lari daripada hakikat yang perlu aku hadapi.

Kini, komitmen sebagai seorang guru buat aku risau, because I'm not only teaching. I'm everything here. Akulah bos, akulah si kuli.

Tanpa aku, aku tahu sukar untuk NETC teruskan hidup.  Aku risau apa-apa jadi.

Sekarang aku sedang cari orang-orang yang amanah dan komited untuk tolong aku jaga NETC sementara aku menjalani beberapa pembedahan untuk keluarkan ketumbuhan yang ada dalam badan aku. Tapi apa yang 'mereka' telah lakukan membuatkan aku semakin takut...

Mana dengan pembedahan yang menakutkan. Mana dengan mereka yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh untuk menggalas amanah ini.

Perjalanan ini

Adakalanya apa yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku kehilangan kata-kata.

Aku takut...
aku lelah...

Moga Dia kuatkan aku. 

Thursday, December 24, 2015

Rindu sangat nak berblogwalking

Lama sangat dah tak jalan-jalan di blog ni. Ingat lepas habis sekolah dapatlah luangkan lebih masa dalam dunia blog, tapi sejak dah mula kerja semakin suntuk masa.

Rindu nak berblogwalking!
RINDU RINDU RINDU RINDU!

Nuffnang pun dah bertukar status jadi non-gliterry, dan aku tak pasti apa masalah blog aku dengan Nuffnang sampai bila bukak blog macam ada htm error. Bila aku remove nuffnang baru okay.

Never mind, I'll check it later. Kalau sempat malam nanti aku share cerita dalam blog nie ya.
See you guys later!


Sunday, December 20, 2015

Aku seorang guru

Assalamualaikum. Blog yang amat aku rindui. Tiga bulan telah aku tinggalkan dunia blog ini rupanya. Aku sendiri tak perasan. Begitu pantas waktu berlalu.

Entri terakhir aku ceritakan tentang kejutan hari jadi Encik Faryusz di saat sibuk membuat persiapan STPM(pada ketika itu). Alhamdulillah, kesemua kertas soalan telah pun selamat aku jawap dengan izin-Nya. Kini aku bukan lagi seorang pelajar tingkatan enam.

Sebaliknya, aku ialah seorang guru yang bekerja di pusat latihan aku sendiri.
Ya, sungguh pantas waktu berlalu. Aku sendiri tidak percaya, ini semua ibarat mimpi.

Namun, ini realiti yang Dia telah tuliskan untuk aku.
Syukur, hidup kini terasa lebih tenang. Aku masih berusaha untuk memperbaiki kehidupan.

Banyak yang aku ingin kongsikan. Mungkin pada entri yang akan datang.
Kepada rakan-rakan blogger yang baru follow, InsyaAllah saya akan follow kembali.
Maaf kerana megambil masa yang agak lama. Status Nuffnang pun sudah hilang glitterynya.

I'll try to write and promote my blog back, maybe next year.
See you guys!

Sunday, September 13, 2015

Kejutan hari jadi untuk dia

Disebabkan 3 hari  lagi hari jadi Ducthman yang paling baik, jadi aku ada buat satu kejutan untuk dia... harap sangat dia gembira. Kejutan apa? Tak boleh bagitau sekarang sebab manalah tahu tiba-tiba dia terbaca blog aku dah tak jadi kejutan dah. Hehe. Tangan gatal sangat nak cerita kat sini. 

I'm not there with him, but my heart has never been away since the day I fell in love with him. Aku pun tak pasti sejak entah bila rasa indah itu mula menari-nari di dalam hati. 

Jiwang sangat? Cakaplah apapun, perasaan itu amat sukar untuk aku ungkapkan. Aku cuma mahu buatkan dia tersenyum, macam mana dia dah buat aku tersenyum, gembira, dan juga terharu. Walaupun air mata ini sering mengalir saat merindukannya, tanpa pengetahuannya. Itu tidak sedikitpun mengubah perasaan indah yang aku rasakan, kerana dia adalah keajaiban untuk aku... 

Kali terakhir jumpa


13 haribulan September. 3 hari sebelum hari jadi Muhammad Faryusz also known as Encik Fairus or Dutchman. I have wrote this entry and pictures before, in pertemuan ke-8. Pertemuan kali ke-8 yang juga merupakan pertemuan terakhir kami tahun lepas. For some reasons, he decided not to meet me anymore. Just for the time being. Yeah. I miss him. That's why I feel like writing this entry again, new entry with our old pictures and sweet memories. How I miss you dear. I wish you know... 























Hari tu waktu keluar, I told him to tolong angkat that patung Baymax to my house. And he was like, what!? "Mana bolehlah, itu patung untuk promosi je." dengan wajah serius, aku cakap... "alaa...saya nak jugak patung Baymax tu..." then I laughed. Dia cakap "boleh, tapi nanti tunggu keluar kat kedai dulu." You know what I reply after that? "Saya nak yang besar macam nie ok." Dia pun kerut dahi, dan cakap... "Agaknya sebab tulah dorang letak tali merah tu." I laugh and laugh again. 

Dutchman nie comel sangat, kan? Baik pulak tu...layan ja aku walaupun aku mengada-ngada. Satu lagi, aku nak sangat tengok lampu cantik warna warni kat Alamnda tu bila waktu malam, tapi sebab belum malam... Mestilah lampu-lampu cantik tu tak ada. 

"Saya nak tengok lampu yang warna warni tu..."
"Ada, tapi kena tunggu malam dululah, baru lampu tu hidup."
"Suruhlah dorang hidupkan sekarang. Saya nak tengok."
"Haih, kalau saya nie CEO lainlah, sekarang nie manalah orang nak dengar cakap saya." 

He knew I was just playing around, tapi dia layan jugak cakap2 kosong aku nie... 
I never met someone like him before. Tak pernah sekalipun marah aku walaupun aku nie... kadang-kadang annoying dan menyusahkan dia. I hope he will stay like that. Forever. 

Saturday, September 12, 2015

Apa jadi pada dot com?

Sebelum aku meneruskan hasrat untuk menulis entri pada malam ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat hamba-hamba Allah yang telah terkorban dalam kejadian kren tumbang di masjidil haram pagi tadi. Allah lebih menyayangi mereka. Kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban, Allah uji kerana Allah tahu kalian kuat, Allah tahu kalian mampu hadapinya. Semoga terus cekal dan tabah. Semoga juga mereka yang tercedera cepat sembuh dan boleh meneruskan ibadah.

Berbalik kepada topik asal, aku ingin tahu apa sebenarnya jadi kepada blogspot.com? Kenapa tiba-tiba bertukar menjadi blogspot.my? Adakah kerana blogger telah membuat pembaharuan? Maklumlah, sejak kebelakangan nie jarang dah blogwalking dan aku pun tak tahu apa jadi pada blog nie. At first I thought it was just mine, rupanya bukan. Bila aku tengok blog kawan2 lain pun, ada yang bertukar jadi blogspot.my bila aku click link. May I know?

Hmm. Kalau tak ada orang jawap pun tak apa, cuz I know my blog traffic is kinda slow since I barely blogwalking these days. You know what? I miss my blog, my diary, and my instagram. Tapi masa terasa semakin suntuk. Itupun aku masih boleh curi masa untuk curi tulang. Masih boleh curi masa untuk berangan dengan mimpi dan cinta.

Haih... cakap pasal cinta. Entahlah. Kenapa cinta tu selalunya aneh? Rindu..pilu...sakit dan tiba-tiba bahagia yang amat sangat. Aneh, kan cinta tu? Eh wait, apa yang aku merepek dalam entri nie? Nak tulis cerita pasal perasaan tu buatlah entri baru. Kan? Aku memang aneh. Macam cinta jugaklah. Okay guys, see you in my next entri. Itupun kalau masih ada orang yang sudi baca blog gadis aneh nie.

Sajak Rindu

Setiap kali malam mengetuk pintu hidupku,
tiap itulah rinduku semakin kuat berlagu.

Namun, aku masih bisu.
Rindu ini hanya mampu berlegar-legar
di ruang atmosfera hatiku.
Biarkan terus begini.
Biar tiada siapa yang tahu. 

Sajak ini ku tulis dalam kelas Bahasa Melayu,
wacana yang berlaras sastera.

Lalu guruku berseloroh,
amboii Puteri...
pagi-pagi dah berjiwang kamu ye.
Tiru kat mana ayat tu?

Ehh taklah cikgu, saya tulis sendirilah.

Kawanku di sebelah pun berkata,
Puteri.. kalau boyfriend dengar nie.

Kawanku di belakang juga berkata,
Puteri suka buat ayat macam tu.

Selalu begini

Pagi tadi aku ada tulis satu entri nie... tapi bila sampai part hujung-hujung sekali aku rasa macam tak sesuailah pulak nak post entri macam tu.

I'm kinda feeling myself is getting more and more strange each day.
Apa aku nak tulis nie sebenarnya?

Aku nak tulis itu dan ini, guna bahasa/dialek itu dan ini!
arghh... why do I have to choose?

Sebenarnya aku ada banyak sangat nak tulis tapi bila on lappy,
inilah jadinya.. I don't even know which story I wanna write first. -_-

Wednesday, September 2, 2015

Kembali ke link lama

Entahlah. Tak sanggup rasanya buang Ninahani Adin nie. I love my old blog's link so I converted it back to the old one. I don't care anymore. I love you blog, and will always love you.

Sunday, August 16, 2015

Blog Baru

Hai u olls. I am so sorry.

Atas sebab-sebab tertentu,
blog ninahaniadin.blogspot.com sudah tidak wujud lagi.

Jika hendak diceritakan memang panjang.
Tapi aku pendekkanlah sikit,
blog lama gua telah dimasuki parasit.
Perkara itu menyebabkan blog
gua sudah tidak mendapatkan cahaya lagi.

Oleh itu, blog tersebut telah diperbaharui.
Semoga blogbaruninahaniadin.blogspot.com
tidak dimasuki apa2 jenis virus mahupun
manusia parasit lagi. Amin. 

Thursday, August 13, 2015

Kalian patut tahu

Aku tersepit di antara sayang dan benci. 
Rindu dan dendam. 

Aku terhimpit dek sakitnya pengorbanan
yang kini aku anggap satu kebodohan. 

Aku masih berusaha untuk bertahan
tanpa perlu menyakiti orang-orang
yang telah menzalimi aku, 
namun aku bukan malaikat. 

Hanya itu yang kalian harus tahu.

Friday, August 7, 2015

Continue living

Hi guys. Good morning.

I woke up early this morning to finish up some works that need to be summited by tomorrow and now I am feeling like writing blog cuz I've just done with those works.

Actually, there's a story I really wanna share with you all so that you could learn from it... but am not yet ready to tell the story in detail. Something bad happened to me just recently and I am still kinda very trauma with that tragedy. However, I feel so lucky that I am still here. Alive, breathing and very healthy.

Thank You Allah for this blessing.

I know that incident was my mistake. I should've be more careful after this, all this while I thought I am. Nah, not really maybe.

He is giving me chance to continue living cuz I have so many responsibilities and He wants me to be nearer to Him before I go. Allah... Allah... Allah. Thank You for this.

Everybody could just put the blame on me if they want, but they didn't and I thanked Allah very much for that. Alhamdulillah.

I am human being. I make mistakes. Those mistakes should be the greatest lesson in my life, but they shouldn't be the reasons for me to regret nor neglect the life I have.

Ya Allah, I will continue living.... and I will try my best to learn to continue living the way You want. All this while maybe I have forgotten my responsibilities on this earth as Your servant.

Thank you Allah for giving me this reminder. 

Wednesday, July 29, 2015

Menangis bukan tanda kelemahan

Sebelum tidur sempat lagi menangis.

Betulkah menangis bukan tanda seseorang itu lemah?

Kalau bukan jadi menangis itu tandanya apa?

Aku sendiri tak tahu kenapa aku kuat menangis.

Sedih, gembira, sebak, terkilan, tersinggung and even terharu sekalipun...

Semuanya boleh buat aku menangis. Sensitif.

Air mata...
Kenapa anda sangat murah?

Kerja Kursus 2015

Alhamdulillah. Siap jugak akhirnya kerja kursus Bahasa Melayu aku setelah 4 jam lebih menghadap laptop petang tadi.

Tinggal hantar dan tunggu comment cikgu esok. Kalau salah sikit, paling-paling pun kena print balik selepas diperbaiki.

Kerja kursus ekonomi pun dah selamat dihantar semalam dan aku rasa tiada masalah, InsyaAllah. Semoga kerja kursus kali nie baik-baik saja dan dapat membantu keputusan kita semua. Amin.

Selamat malam bloggers. Malam nie tidur awal supaya tak sakit lagi macam semalam dan pagi tadi. I really need to go to school tomorrow.

Monday, July 27, 2015

Perjalanan sunyi

Penggal 1 STPM keputusan Sejarah dapat B+, mungkin sebab terlalu gembira aku tak perasan aku tertulis Sejarah sebagai subjek untuk diulang, sedangkan aku sepatutnya tulis BM sebab penggal tu cuma dapat C+. Hari ni baru aku tahu yang aku salah tulis lepas cikgu BM tanya kenapa tak ulang kertas BM? Sedih yang amat sangat bila dapat tahu perkara ini. Air mata tak henti mengalir.

Kecuaian diri ini di masa lalu telah menyusahkan diri aku di masa yang akan datang. Berkemungkinan besar, keputusan keseluruhan mata pelajaran bahasa melayu aku hanya akan memperolehi C+ sahaja.

Baru aku faham kenapa kita tak boleh terlalu gembira bila mendapatkan sesuatu, supaya kita juga belajar untuk tidak terlalu kecewa saat kehilangan sesuatu.

Hari ini terlalu banyak perkara yang menyakitkan. Namun, aku buat-buat tabah. Hujan, panas terpaksa aku lalui sendirian kerana kesihatan rakan seperjuangan yang selalu menemaniku sebelum ini tidak mengizinkannya untuk berjuang saat ini.

Terasa panjang perjalanan ketika kita terpaksa bersendirian mengharunginya.

Draft of 27/07/2015

Sunday, July 26, 2015

Luahan hati pelajar STPM

Assalamualaikum blog yang dirindui.

Sekali lagi, kecelaruan melanda diri. Perkara yang melibatkan masa depan sukar sekali untuk aku abaikan. Baru-baru ini keputusan STPM penggal 2 telah keluar, dan aku memperolehi 1C+, 1C, 1C-, dan 1D. Pointer keseluruhan aku pulak 1.75.

Sangat teruk. Niat memang nak repeat untuk subjek yang tak kredit tu tapi disebabkan masalah kewangan. Aku cuma repeat 1 kertas saja.

Ya salah aku. Memang salah aku. Semuanya salah aku.

Semakin tipis peluang untuk ke sana. Semuanya sebab aku, tapi penyesalan sudah tiada berguna lagi.

Penggal 1 pointer aku 2.33
Penggal 2 pointer aku 1.75
dan penggal terakhir ini?

Ya Allah, moga diri ini masih ada peluang untuk masuk ke universiti awam.

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak masalah yang membingitkan fikiranku. Aku tak dapat fokus belajar. I've tried to calm myself but it's not easy. I'm just so tired. And I'm just a coward girl.

Aku risau dan takut sangat kalau aku tak dapat masuk universiti sebab perangai kebudak-budakan aku yang sukar ditinggalkan nie.

Ya Allah, moga ada jalan untuk diriku.

Monday, July 6, 2015

Kenangan Perkhemahan

Entah kenapa malam nie aku terkenang-kenang zaman persekolahan dahulu.

Sewaktu aku masih berumur 17 tahun.

Salah satu kenangan terindah sewaktu aku berada di tingkatan 5 adalah saat aku berpeluang mengikuti perkhemahan sekolah.

Seronok sangat-sangat.
Seakan dapat aku rasai suasana ketika itu.
Angin yang bertiup...
Malam yang dingin. Tengahari yang terik. Perasaan letih dan kelaparan. Namun gelak tawa dan kegembiraan melupus segala kepedihan.

Pengakap.

Pada mulanya aku bukan tergolong dalam ahli itu, aku ialah seorang ahli Puteri Islam.

Ketika aku ingin mendaftarkan diri untuk mengikuti perkhemahan sekolah sebagai ahli Puteri Islam, seorang kenalan menahan aku
"Kau tak perlu beratur untuk tulis nama, aku ada kakak sepupu di sini. Dia boleh tolong uruskan. Okay? Jangan risau. Nanti aku suruh dia tulis nama kau."
Aku rasa berat hati untuk dengar cakap dia.. tapi, ah biarlah. Sudah dia berkata begitu.

Keesokan harinya, aku bertanya pada rakan Puteri Islam aku tadi...lalu dia menjawap soalanku dengan
"Maaf Puteri... Maaf sangat-sangat, kakak sepupu aku cakap dah penuh. Dia sempat daftarkan nama aku saja. Nama kau tak sempat."

Sedihnya aku waktu itu. Haih rasa mau jak aku marah dia tapi aku diamkan saja. Aku pun pergi dengan hampa meninggalkan Puteri Islam. Aku ke sana ke mari mencari kalau-kalau masih ada kekosongan yang memerlukan diriku ini sebagai ganti mereka yang tidak dapat hadir pada hari perkhemahan. Tapi semua orang sibuk dengan ahli masing-masing, urus itu dan ini. Tiada yang mau layan aku. Kesian betul.

Tapi lepas tu... Aku dengar pengakap ada kekosongan dan cikgu yang mengurus tu panggil untuk datang meeting. Sekali lagi aku dikecewakan bila dia cakap dia mencari orang yang pandai kawad. Aku? Kawad? Mana pernah. Semua tak mau terima aku sebab aku tak pandai kawad. Pernah pun kawad Puteri Islam, kawad tak jadi.

Cikgu tu letak aku kat tepi dulu, dia cakap kalau ada orang yang tak nak masuk baru panggil aku. Sedih tau?

Keesokan harinya, kawan aku cari aku. Dia cakap cikgu suruh aku masuk perkhemahan pengakap tu. Ya Allah! Betulkah nie? Gembiranya aku masa tu. Excited sangat sebab aku tak pernah berpeluang ikut perkhemahan. Ada peluang sikit, itu pun orang lain nak cantas.

Rezeki aku. Dipanggil last minute untuk ikut perkhemahan ahli Pengakap walaupun aku sebenarnya Puteri Islam.

Pada malam pertama perkhemahan, kami ahli pengakap bertugas untuk berjaga di depan perkhemahan perempuan. Waktu tu, khemah perempuan sebenarnya dibuat dalam bilik darjah supaya lebih selamat daripada pandangan lelaki kerana cikgu yang bertugas tu sangat mementingkan penjagaan aurat muslimah.

Malam tu terasa sangat panjang walaupun kami cuma berjaga selama beberapa jam saja. Mungkin sebab banyak nyamuk, letih daripada petang tadi diberi arahan itu dan ini serupa orang dalam latihan polis. Sudahlah aku gendut-gendut lagi sikit time tu.

Pada pukul 3 pagi lebih, aku mau mandi sebab tau nanti mesti akan ramai orang yang mau mandi macam maghrib tadi. Sesak sangat. Tapi, kami mendapat arahan tidak ada sesiapa yang dibenarkan bergerak secara individu, dan tiada orang yang mau temankan aku waktu tu. Tandas perempuan pula lampu tiada, rosak agaknya. Jadi aku pun balik ke khemah setelah habis waktu bertugas sebagai jaga.

Entah berapa minit aku lelap selepas berborak dengan rakan sebelah lantai tempat aku baring. Ada orang kejutkan. Bila aku tengok jam. Dalam pukul 4 pagi. Aku dan geng pergi ke tandas dan tengok sudah ramai orang yang beratur.... padahal baru lelap berapa minit. Nasib2.

BERSAMBUNG....

Monday, June 29, 2015

Bila sayang

Bila kita sayangkan seseorang,
kita tak nak buat apa-apa pun yang boleh menyakitkan hati dia.

Bila kita sayang seseorang,
sakit dia, sedih dia, pedih dia....
Semua kita dapat rasa.

Bila kita sayangkan seseorang,
kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita.

Bila kita sayangkan seseorang,
kita berbaharap agar Allah pinjamkan dia lebih lama lagi.

Bila kita sayangkan seseorang,
kita lupa bahawa hakikat orang yang baik adalah untuk mereka yang baik-baik.

Bila kita sayangkan seseorang,
kita cuba untuk berubah menjadi lebih baik lagi agar kita dapat bersama-sama dia suatu tika nanti.

Bila kita sayangkan seseorang,
kita berdoa agar Allah menjaganya.

Semoga dia baik-baik selalu.

Tuesday, May 5, 2015

Hari yang menyedihkan

Hari nie aku rasa hari yang malang dan menyedihkan di sekolah mahupun di rumah.

Sedih dan malang.

Aku tahu salah aku sebab agak keterlaluan dan gagal mengawal emosi.
Aku rasa bersalah atas apa yang terjadi di rumah sebentar tadi.

Tapi kau sepatutnya tahu, yang kau boleh salahkan aku
bila aku memang buat salah,
sebab aku sangat benci disalahkan untuk perkara yang diluar kawalan aku.
Aku benci disalahkan atas kesalahan orang lain.

Satu yang kau patut tahu,
aku juga manusia yang punya perasaan.
Hati aku bukan hati batu.

Katakan apa yang kau mahu sekiranya itu bisa membuatmu bahagia.
Tapi jangan katakan apa yang kau mahu sekiranya itu bisa membuat orang lain berduka cita. 


Saturday, May 2, 2015

STPM akan tiba

Aku belum buat persediaan yang mencukupi untuk STPM yang akan datang.
Banyak sangat perkara yang perlu difikirkan sehingga aku lupa akan kewajipan sebagai seorang pelajar.

Few more days and I'm still like this.
Masih boleh dikatakan kosong tanpa ulangkaji.

Tomorrow I really should've start.
Sepatutnya lama dah start study tapi banyak betul alasanku.
Study pun punyalah sikit.

Janji apa tahun lepas?
Nak study awal-awal, kan?

Haih... Aku nie. Buat-buat lupa pulak.

Bagaimana aku tidak jatuh cinta?

Dia bukanlah seorang lelaki yang petah dalam berkata-kata manis, tetapi bagiku setiap baris kata-katanya merupakan bait terindah yang menjadi ilham dalam hidupku.

Kematangannya, membuatkan aku berasa kecil saat berada disampingnya. 
Aku berasa diri ini tidak cukup baik untuk dia, kerana dia terlalu sempurna untuk gadis seperti aku.

Dia seorang lelaki yang sangat ringkas dan tidak pernah menyusahkan. Dia sentiasa sudi mendengar. Tiap kata-kata dan cerita yang aku sampaikan. Sedia memberi nasihat dan selalu ada bila aku perlukan. Dia sanggup membantu dikala aku dan keluargaku berada dalam kesusahan. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 

Pada seorang lelaki yang sebaik dia. 
Dia yang sangat menjaga lima waktunya.
Dia yang tidak pernah kasar dalam berbahasa. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Bila aku sedari bahawa dia telah nama menjadi penantiku dalam diam. 
Bila dia telah lama menyebut namaku dihadapan sahabat-sahabatnya. 

Aku yang dulu selalu menyakiti dan mencari alasan untuk pergi dari hidupnya. 
Aku yang tidak pernah sedar akan keikhlasan dirinya terhadapku. 
Namun dia masih setia, tanpa sedikit pun dendam. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Saat hanya dia satu-satunya lelaki yang berani datang menemui keluargaku.
Saat hanya dia yang terus bersabar dengan kerenahku tanpa membentakku. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta? 
Saat aku tahu, akulah gadis pertama yang dia cintai.  

Sunday, April 12, 2015

Kepenatan itu perkara biasa?

Malam nie mood emo sikit. Sedih. Letih.

Aku masih cuba untuk tersenyum.
Aku cuba untuk berlapang dada.
Walau hakikatnya, tiap malamku kini kembali ditemani air mata.

Aku risau.
Aku penat...

Tapi aku tahu dan sedar. Kepenatan itu perkara biasa. Selagi kita hidup, tak kira kaya  atau senang macam mana pun kita, pasti akan ada sesuatu perkara yang membuatkan kita rasa penat dalam hidup nie. Ada masa kita rasa penat untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang sering membuat kita berasa sedih dan terguris hati.

Jangan mudah terguris!
Tabahkan hati!

That's what I'm doing now. Cuba untuk kebalkan hati  agar tidak mudah terguris. Cuba untuk tabahkan hati dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang masih panjang, jika Allah izinkan. Namun, jika Dia inginkan aku kembali pada-Nya, aku berharap agar aku dapat pergi dalam keadaan aku sudah bersedia.

Ya, memang semua orang ingin begitu, tapi kita tidak tahu bila Allah mahu panggil kita untuk kembali kepada-Nya. Sebab itu kita perlu sentiasa mempersiapkan diri. Aku tahu, masih banyak yang perlu diselesaikan dalam hidup nie dan aku bersyukur Allah masih beri peluang untuk aku menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah.

Friday, April 3, 2015

Being Relax (Vlog)





Try speaking sikit. Hehehe. "I don't have much to say, actually I have so much too say." yeah it's kinda weird, I know.  :P

Monday, March 30, 2015

Nak post entri tentang apa?

Banyak sangat benda yang aku rasa nak tulis setiap kali aku bukak blog nie.

Last sekali aku tak post apa-apa pun.

Kawan-kawan,
any idea?

Sigh....
Aku tak tahu nak tulis apa dah.
Tiap kali aku nak taip entri rasa ada je yang tak kena.

Entri kurang sopanlah.
Bahasa kurang tersusunlah.
Tajuk kurang menariklah.

At the end blog aku terbiar;

krik krik krik.

Kesian betul.  

Thursday, March 19, 2015

Isyarat Cinta

Bulan nie antara bulan yang paling banyak sangat movie best-best.

Pagi tadi, lepas habis kelas tambahan... Aku pegi IOI MALL sebab nak beli kertas kajang.. Nak buat latihan banyak-banyak, minggu depan ada ujian. Aku pun sengaja singgah kat pawagam sebelah kedai buku popular tu.. Lama jugaklah tak tengok wayang bagi yang kaki movie macam aku nie. Hehe. Semalam aku ada tertengok trailer  Isyarat Cinta. Memang dari semalam lagi lepas tengok trailer tu aku rasa teringin nak tengok filem nie, tapi kadang-kadang kat IOI MALL nie movie tak banyak.. Yeke? Hehehe. Mungkinlah. 

Nak dijadikan cerita, aku pun tengok jam dan kata ehh macam sempat jak kalau mau tengok kejap. Hahaha. Sepatutnya aku kena pergi carik responden untuk ditemubual. Tapi aku tetap mengambil kesempatan untuk menonton wayang sendiri (sejam lebih) tiket RM9. Aku tak beli makanan dan minuman pun sebab baru habis lunch dengan kawan.. Milo bungkus aku dilarang bawa masuk dan aku pun tinggalkan di locker. Dengan tangan yang penuh buku dan fail borang kaji selidik, aku pun melangkah masuk ke pawagam. 

Excited pulak nak tengok cerita Isyarat Cinta nie sebab ramai orang comment kata best. Yeke? Mula-mula aku tak letak high expectation pun yang cerita nie boleh buat aku kata WOW. 

BUT!!!! 
You know what!
Filem Isyarat Cinta nie memang best sangat-sangat. Aku terharu. Sedih. Sebak. Menangis. Gembira sikit. Tersenyum. Lepas tu menangis balik. 

Memang salutelah kat Rosyam Nor. Filem nie pun tiada unsur-unsur tidak bermoral macam sesetengah movie lain. Sorry to say, macam filem Suamiku Encik Perfect 10, seolah-olah menunjukkan kehidupan sosial tanpa batas. Kurang sesuai untuk remaja dan juga masyarakat. Opss. Tapi lain orang lain pendapat, kan? Mana tahu bagi korang filem tu best dan filem nie tak best. 

From 1-10
10 is the best...
untuk filem Suamiku Encik Perfect 10, terus terang aku bagi 3 jak..
tapi untuk filem Isyarat Cinta nie.. 
I am feeling like giving them 10 out of 10!! 

Seriously best sangat-sangat!
Jalan cerita yang tak dijangka...sedih wuu~ T.T 

I'm not saying this because of the actors and actress okay? It's never about that. Kalau diikutkan aku lagi minat dengan Aaron Aziz compare to Adi Putra dan Fizo Omar. Aku jauh lagi minat dengan lakonan Lisa Surihani berbanding Liyana Jasmay. But to be frankly honest, watak dorang memang hidup sangat dalam filem nie. Ehh macam aku puji lebih-lebih pulak, kan? 

Kalau nak tahu sendiri, pergilah tengok ya? Confirm ndak rugi. Jarang tau aku promote wayang, apatah lagi filem Melayu... Dalam banyak-banyak movie yang aku pernah tengok, aku paling minat Big Hero 6, The Maze Runner... And finally !! Isyarat Cinta... 

Yang sangat menyentuh hati. (",)  

Keluar dari pawagam mata aku masih basah lagi sebab nangis waktu ending filem tu tadi. Terharu punya pasal sampai aku lupa nak ambik milo yang aku simpan kat locker tadi, Hehehe. 

Kisah Kami


Mata tak nak lelap pulak. Padahal dah shut down lappy dan say good nite semua. Mungkin sebab kerja masih banyak yang belum siap, so sukar untuk menenangkan minda dan melelapkan mata. 

Oleh itu, aku kongsikan sekeping gambar tahun lepas. 16 September 2014 (hari jadi Fairus), gambar ini ditangkap dan diedit oleh adik-adik kesayangan aku. And as some of you guys know, he is my Mr. Future Husband. InsyaAllah. Buat masa nie aku memang cuma dapat share gambar yang lama-lama saja sebab kami belum pernah jumpa lagi tahun nie. *Sigh*

But it's okay.
Kata orang kalau yakin jodoh, tak jumpa pun tak apa.
Tak contact pun tak risau. 

Walaupun kalau tak contact tu tengok keadaan jugaklah. 
So far paling lama aku tak contact dengan Fairus tak boleh lebih seminggu.
Frankly, paling lama 6 hari tak contact langsung.

This year if I'm not mistaken, baru 2 kali cakap dalam phone dengan dia. 
Sekali dia call.  Sekali aku call.

Ada kawan aku kata yang aku nie melampau sebab aku kira, berapa hari aku tak bertegur sapa dengan dia samaada di Facebook, msg, ataupun di Whatsapp. Bukan itu saja, aku pun kira, selama nie berapa kali dah kita orang jumpa. Dekat mana dan berapa haribulan! Air tin cincau yang Fairus belikan hari tu pun(29 Nov 2014) aku masih simpan lagi. Am I silly? I don't mind if you guys think so.

Dia kata dia tak romantik. 
Dia kata dia tak pandai ambik hati. 

Seriously? If only you know that I don't need all those things to be the reasons why I feel you are so special in my life. For me, you are perfect enough. Sweet and macho enough. 

Because you are so special just the way you are.

 



Wednesday, March 18, 2015

Hello

Assalamualaikum.
Sorry for being senyap this few days. (Seminggu)
Actually aku memang nak sangat kembali aktif berblogging.

Tapi keadaan sangatlah tidak mengizinkan.
Seperti yang rakan-rakan sedia maklum,
I'm so busy with  my kerja kursus.

Lagi-lagi kebelakangan nie aku selalu kurang sihat.
Mungkin faktor cuaca.

Not much to say in this entry.
Sorry for disappointing you all.

Wednesday, March 11, 2015

Blogging vs Myspacing

Siapa-siapa yang selalu blog walking tu mesti perasan yang aku kerap tukar theme, colour dan background blog nie.. Terus terang, aku masih tercari-cari background yang boleh buat mata aku nie berpuas hati.

Pada masa yang sama, cuba untuk tidak menjadikan blog aku terlalu sarat dan berat untuk dibaca.

Bila aku buat macam nie, teringat pulak zaman Myspace tahun 2009-2010, rajin betul aku tukar theme Myspace. Hehe.

Banyak cerita yang ingin aku kongsikan, tapi...........

Diri ini berasa sangat letih dan mengantuk sebab seharian busy buat kerja kursus.

Otak perlu berehat sebentar.
 Aku mintak maaf kalau entri aku sejak akhir-akhir ini semakin membosankan.

I'll be back and visiting your guys' blog as soon as I'm free.

Jangan lupakan blog aku. Terima kasih. :)


Tuesday, March 10, 2015

Aku gadis hulk?

Bila marah merasuk minda, 
kecewa menyelubungi jiwa,
Aku lupa...

Tolong ingatkan aku...

Di entri terakhir aku pada 7 haribulan lepas, aku telah menyuarakan kesedihan hati yang sebenarnya aku pun kurang pasti apa punca sebenar kesedihan aku yang melampau itu.

Let me tell you guys a story. Kinda silly story.

Pada 4 Mac yang lepas, thumb-drive aku telah dijangkiti virus dan ia menyebabkan aku kehilangan seluruh data dan kerja kursus yang beberapa malam kebelakangan ini aku berjaga untuk menyiapkannya.

Selain tu, aku juga turut kehilangan gambar-gambar kenangan tahun-tahun yang sebelum ini.

But it doesn't really hurt compare to losing all my works. I do care about the photos, but I care the most about my kerja kursus. You know what?

I cry and cry and cry and cry.

Aku tahu walaupun aku menangis banyak mana sekalipun, tak mungkin dapat memulihkan thumb-drive aku yang dah terkena virus, dan corrupted itu.

Sejak 4 haribulan lepas, aku rasa emosi seolah-olah telah mengawal diriku. I've tried to control myself, pretending like I'm okay. Tapi ramai kawan-kawan yang tegur kenapa muka aku moody? Aku sebenarnya kurang sihat and maybe, losing my thumb-drive is one of the reason.

Selepas kehilangan yang amat perit itu, muncul pula seorang manusia yang menambahkan lagi kecelaruanku pada malam itu. Aku apa lagi? Terus jadi gadis incredible hulk. :(

Tambah-tambah lagi bila aku rasa orang yang aku sayang kurang pedulikan aku. I don't know why, all those negative thoughts came to me! Aku rasa marah tanpa sebab. Apa sebenarnya salah orang lain kat aku? Nothing. They did nothing wrong.  Aku yang salah. Aku mintak maaf. :(

Do you know how it feels like when you suddenly realized that all those problems are actually came from you, not from the others. Don't you remember how those people you mad at has put a lot of sacrifice in order to make you smile? Don't you remember what they have done for you? :(

Aku tahu aku selfish. Bila marah suka tulis bukan-bukan.
Bila marah suka cakap bukan-bukan.
Aku tahu aku keterlaluan. Bila ada masalah,
mesti rasa macam nak give up.

Mana janji cakap tak pernah akan putus asa?

Selagi ada nyawa, selagi itu kita punya harapan. 


8 Mac 2015

Pagi tu aku masih moody, walaupun keluarga aku meluangkan masa untuk bawa aku jalan-jalan ke tempat yang aku inginkan. Tapi....aku masih rasa sedih.

Sehinggalah malam 8 Mac menggantikan kesedihan itu menjadi senyuman yang sampai ke saat ini masih bersama aku. Mungkinkah aku yang sebenarnya kurang menghargai? Aku dah tua kan? Pesan-pesanlah pada diri jangan mengada-ngada sangat ya? Kesian orang lain yang tidak bersalah jadi mangsa bila aku sedih dan marah. 

Nina, please don't be incredible hulk again.

Saturday, March 7, 2015

Make me happy please? :(

Esok hari jadi aku.

Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ini kesedihan semakin mencengkam hatiku dan ia telah membuatkan aku menjadi seorang gadis yang moody dan over-sensitive, walaupun aku memang sensitive dari dulu lagi.

I've tried my best to stay positive!

BUT I'M ONLY HUMAN.

Yang tahu rasa sedih dan sakit.
Yang bisa rasa pedih dan nangis.

What do I have to do now?

Kata orang kalau kita tak bahagia, cuba periksa diri sendiri, mungkin kebelakangan nie aku banyak buat dosa atau buat orang sakit hati dengan aku? Is that so? Sedangkan aku rasa aku sudah sedaya upaya cuba untuk mengetepikan kepentingan diri aku untuk buat orang lain gembira. Adik-adik aku, aku sudah cuba untuk jadi kakak yang paling baik untuk dorang. Aku sedar yang aku masih belum cukup baik tapi inilah yang termampu aku persembahkan untuk kalian yang aku cintai.

Aku sedar diri yang aku cuma seorang gadis lembab yang adakalanya kelihatan dungu.
Kadangkala aku rasa mungkin aku nie banyak menyusahkan orang lain.

Aku ingin bercerita dan meminta pandangan orang lain tentang hidupku. Tapi mustahil aku boleh kongsikan seratus peratus kisah yang aku jalani sedangkan aku berusaha untuk menjaga hati-hati mereka yang aku sayangi. Aku cuma gadis biasa, untuk yang kesekian kalinya aku ulang, aku cuma seorang gadis biasa yang berharap dapat membuatkan orang-orang yang aku cinta bahagia.

Tapi aku juga punya hati.
Aku juga ingin dihargai.

Aku juga ingin kalian faham yang aku bukan manusia sempurna.

Sedang jemari ini menari di atas papan kekunci, air mata terus mengalir membasahi pipi. Mengapa aku harus berharap ada yang mengerti? Mengapa aku perlu ungkapkan semua ini di sini?

Aku tahu mungkin hati ini terlalu rapuh.

I'm not supposed to act like this anymore.
Esok aku sudah 19 tahun.

Sudah masanya untuk buang semua perangai kebudak-budakan ini. :(    

Tuesday, March 3, 2015

Dear you

Dear you.

I want you to know something.
I wish you'll always be happy in your life.

I know I'm not the best girl in the world,
but I wish I'll be the best girl for you.

Dear you,
I realized that you are a matured man.
While I'm just a little annoying girl seeking for your attention.
Because of you, I've learned so many new things in my life.
I learn a way of improving myself.
 
I know until today, I still be the same sometimes.
I just can't help it, because I'm chasing for your attention.

I want you to always look at me!
I want you to always listen to me!
I want you to always care for me!

You only have to be with me.
You only have to always be with me. 

But.....
I know being selfish is not a good idea.

Because of you,
I learn to know myself better.
And I learn to be a better me. 
I'm sorry for always yelling at you before.
I'm sorry for being a disrespectful girl.

To be with a good man like you,
I have to be a good woman first.

To be with  perfect man like you,
I have to make myself perfect first.

Dear you,
Today I've decided to learn how to walk alone without you,
not because I think I'm strong enough,
but because I don't want to add on more burden on your shoulder.

I will give you space for your own.
I will improve myself for you,
and for us.

One day,
you'll see that I'm no longer the old annoying Nina.
Nina that loves to cry if things don't go the way she wants.

Dear you,
if you read this,
I want you to know that in this world,
you are a miracle for me.

You are one in a million.
Please be mine only.

I hope Allah will listen to my dua. 

I want to be your wife. 

Sunday, March 1, 2015

Kerja Kursus STPM (sesi temubual)

Selepas hampir sebulan atau mungkin sudah sebulan lebih, akhirnya aku dan kawan aku, Aisyah dipanggil untuk sesi tembual bersama hakim Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya.
















































Pada mulanya kami berhadapan dengan beberapa halangan, seperti hujan lebat dan sesat jalan. Namun, semuanya berjalan dengan lancar akhirnya. Alhamdulillah.